Kalau bercakap isu pos laju, memang ramai orang komplen macam-macam. Terbaru, seorang pengguna Twitter mendakwa harga pos laju akan naik harga lagi bermula 1 Julai 2019 (semalam).
Kali ini, harga dikatakan akan mengikut poskod kawasan dan zon. Tak tahulah pula bagaimana Pos Laju nak menentukan harga mengikut poskod itu. Orang ramai tidak berpuas hati terutama peniaga online kerana perlu mengira kos penghantaran barang mengikut poskod dan zon selepas ni. Carian di laman web poslaju.com setakat malam tadi (jam 12.00 malam) pula tidak kelihatan pengumuman tentang hal ini, rupa-rupanya belum dikemas kini lagi. Tapi, alang-alang harga dah naik, naikkanlah sekali gaji abang-abang pos laju yang bekerja tanpa mengira siang malam, berpanas hujan hendak menghantar barang kita kan? Janganlah asyik naikkan gaji orang atas saja, tak begitu? - CARI
|
prettyuglybabe replied at 2-7-2019 11:17 AM
beralih je la pada courier company lain..
bukan susah pun..
tapi kan peniaga most pakai prepaid en ...
purpler replied at 2-7-2019 11:23 AM
rasanya poslaju yg paling mahal skrg...
kurier yg lain ada tu tak sampai RM5....
iol tak puas ha ...
rosasen replied at 2-7-2019 04:11 AM
yg geramnya beli barang kecik je tp pos tetap lah RM8..
Kurex replied at 2-7-2019 10:57 AM
Baguslah utk janakan ekonomi negara sebab bn curi duit - mahacai gua
ADVERTISEMENT