Kalau bercakap isu pos laju, memang ramai orang komplen macam-macam. Terbaru, seorang pengguna Twitter mendakwa harga pos laju akan naik harga lagi bermula 1 Julai 2019 (semalam).
FOTO: TWITTER
Kali ini, harga dikatakan akan mengikut poskod kawasan dan zon. Tak tahulah pula bagaimana Pos Laju nak menentukan harga mengikut poskod itu.
FOTO: TWITTER
Orang ramai tidak berpuas hati terutama peniaga online kerana perlu mengira kos penghantaran barang mengikut poskod dan zon selepas ni.
BERPINAR NAK TENGOK
FOTO: TWITTER
Carian di laman web poslaju.com setakat malam tadi (jam 12.00 malam) pula tidak kelihatan pengumuman tentang hal ini, rupa-rupanya belum dikemas kini lagi.
RUPANYA MASIH BELUM UPDATE
FOTO: TWITTER
Tapi, alang-alang harga dah naik, naikkanlah sekali gaji abang-abang pos laju yang bekerja tanpa mengira siang malam, berpanas hujan hendak menghantar barang kita kan? Janganlah asyik naikkan gaji orang atas saja, tak begitu? - CARI |