CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Tok Ali Penyelamat Melayu

1-10-2013 10:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3201| Komen: 16





Menghangatkan lagi pertandingan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) percaya cara terbaik menang besar dalam jawatan itu adalah menjadi "penyelamat Melayu".

Bekas Ketua Menteri Melaka yang menyalahkan kaum Cina atas kekalahannya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, telah menemui perwakilan dan menggunakan sebab kekalahannya itu bagi meningkatkan peluangnya menjadi salah seorang naib presiden pada pemilihan parti 19 Oktober ini.

Calon lain seperti penyandang jawatan itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Bendang Baru, Akramsyah Sanusi juga mahu memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu.
Mohd Ali berkata misinya adalah bagi mengukuhkan Umno daripada serangan DAP dan kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong supaya hak orang Melayu terpelihara.


"Kumpulan seperti DAP dan Dong Zong sering mempertikai hak keistimewaan orang Melayu. Mereka mahu mengubahnya dari Perlembagaan kerana benci dengan kenyataan itu. Tetapi orang Melayu tidak pula menindas kaum lain," katanya semasa dihubungi The Malaysian Insider.

Katanya semua pihak faham permintaan mereka tidak berlandaskan Perlembagaan.
"Inilah yang ditakuti sebelum kemerdekaan dan hal itu sudah berlaku sekarang, " katanya.
Ketika ditanya adakah beliau berminat menjadikan Umno seperti kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd Ali menjawab: "Saya tidak mahu merujuk sesiapa tetapi kami (Umno) ada pendekatan tersendiri."

Katanya, Umno tidak perlu mencontohi mana-mana kumpulan pendesak mahupun mengambil tindakan tegas kepada kumpulan anti-Melayu.
"Saya percaya pada Perlembagaan dan tidak mahu menjadi seperti pihak tertentu yang mengemukan permintaan yang tidak masuk akal."
"Apa yang salah dengan hak keistimewaan orang Melayu? Ia telah dibincangkan sebelum kemerdekaan untuk menggunapakai peruntukan tersebut. Kenapa mesti ada pihak yang menunjukkan sikap biadap terhadap isu ini sekarang?" tanya bekas ketua menteri itu.

Katanya, ini adalah masalah utama yang dihadapi negara pada masa ini iaitu sikap tidak tolak-ansur dan ada pihak yang mencadangkan kesaksamaan dan membandingkan hak istimewa yang diperoleh kaum Melayu.

"Masih ada pihak yang enggan menunjukkan rasa hormat. Perlembagaan telah menggariskan hak keistimewaan ini maka berhenti dari terus mempertikaikannya," katanya.
Mohd Ali yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka memberitahu pengundi Cina tidak menghargai sumbangannya dan kerajaan BN membangunkan Melaka serta menjaga kepentingan rakyat.
‎Beliau kalah kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin di kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Katil, Melaka pada PRU13 lalu dengan majoriti 5,447 undi. – 30 September, 2013.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote unhas 30-9-2013 11:41 AM
politician melayu yang makan duit komisen cina yang biasanya menindas kaum melayu.
Quote namirulmukminin 30-9-2013 11:44 AM
Makin tak keruan dah Tok Ali ni aku tengok...
Quote kecimpret 30-9-2013 11:58 AM
org cam Ali ni dia fobia kat DAP jer...kalo MCA dan Gerakan tu okayyyyy..paham sgt dah melayu jenis ni



Quote spiderman80 30-9-2013 12:02 PM
Saya pun nak tahu apakah contohnya DAP racist kat Melayu? Boleh cacai kasikan apa-apa bukti? Selama ni saya cuma dengar UMNO dan cacai laung DAP hina Melayu sana-sini tapi tak dapat kasi bukti pun. Yang MCA tu terang-terang hina UMNO tapi cacai tak marah pun. Memang cacai dasar bangsat tak berguna lagi anak haram.
Quote gogo2 30-9-2013 12:03 PM
sendiri pun tak selamat...
Quote penyudisko 30-9-2013 12:04 PM
Saya ingin menyelamatkan umat melayu dengan mengikut cara saya - ali ketam
Quote totokreturn 30-9-2013 12:12 PM
Dah macam nabi plak bila tgk pemimpin umno kelemasan nih.....
Quote pyropura 30-9-2013 12:18 PM

Mereka mahu mengubahnya dari Perlembagaan kerana benci dengan kenyataan itu.


Purlembagaan tu boleh diambik2-ambik dengan mudah ka Tok Ali Ketam...?? hang ingat hang burcakap sama acik2 Pelda tak sekulah ka tok abu Ketam...??
Quote freebird 30-9-2013 12:19 PM
Kan dah kata, keenam2 calon VP akan berlumba2 untuk kutuk cina and mendabik dada mengaku pejuang melayu....

Besok isa pendek pulak kutuk cina podeksen....lepas tu zahid jawa kutuk chin peng...lepas tu hisam kutuk cina tak nak jadi sojar....
Quote sahamboi 30-9-2013 12:25 PM
Si ali ni masa kalah sibuk merayu dekat melayu suh undi dia... kalau tak sepanjang masa berpaksikan cina, melayu memang tak dipandang...

Orang macam ni patut dijauhi kerana orang melayu didekati apabila diri tersepit... boleh blah la pak ali...
Quote bangcak 30-9-2013 05:34 PM
[youtube]8SLHZBIHKbw[/youtube]
ramai yg menangis tewasnya wira melaka.
kalu menangis pasal tok ali bleh dpt datuk tak?
Quote apam 30-9-2013 10:21 PM
tok ali mamak ketam nak pertahan melayu?..pftghghhg.
Quote kakiputaralam 4-10-2013 11:59 AM
penyelamat melayu la sangat..dah makin jahanam dah tengok
Quote taikor 4-10-2013 12:07 PM
Kan dah ada geng Ibrahim 'the Katak' Ali ? Skang muncul Ali Ketam pulak. Rasanya pakcik ni takkan menang
Quote bangcak 5-10-2013 10:58 AM
patutnya pemimpin sehebat pak ali ketam nih bertanding kerusi
presiden / timbalan presiden. baru la melayu umno suka
Quote Al-Patih 7-10-2013 07:51 AM
unhas posted on 30-9-2013 11:41 AM
politician melayu yang makan duit komisen cina yang biasanya menindas kaum melayu.

...bukang aja makan komison ...yang dibela pong ado   

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.044894 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top