Hubungan negara Malaysia dan Taiwan dilihat semakin kukuh, bukan sahaja dalam bidang ekonomi malah industri makanan halal. Ini selepas negara negara tersebut menyatakan hasrat untuk menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dalam usaha meluaskan ekonominya ke peringkat global.
Menurut Pengarah Bahagian Ekonomi Pejabat Ekonomi dan Budaya Taipei Di Malaysia, David Hsu, penyertaan Taiwan ke dalam CPTPP ini bukan sahaja memberi manfaat kepada ekonomi negara tersebut, malah Malaysia turut menerima 'tempias' kebaikannya. "Pada masa ini terdapat 1,700 syarikat Taiwan yang melabur di Malaysia dan syarikat-syarikat ini mengeksport bahan mentah dan juga peralatan dari Taiwan ke Malaysia.
"Jika Taiwan tidak menyertai CPTPP, kebanyakan syarikat ini akan memilih untuk melabur ke negara lain, terutama negara yang mempunyai perjanjian perdagangan bebas atau negara yang memberi Taiwan lebih banyak pelaburan dengan mudah dan menarik," katanya. David Hsu juga percaya hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Taiwan turut semakin berkembang dengan pernyertaan negara itu ke dalam CPTPP. Selain itu, antara manfaat lain termasuklah tarif pada komponen elektronik dan mekanikal iaitu eksport utama Taiwan ke Malaysia akan dihapuskan. Banyak pekerjaan dapat diwujudkan kerana syarikat-syarikat Taiwan akan menubuhkan kilang di Malaysia. Paling penting, reputasi tinggi industri halal Malaysia turut mendapat kelebihan dari segi memanfaatkan Taiwan sebagai hab industri halal di negara Asia Timur. Ini kerana menurut David lagi, Taiwan merupakan negara di rantau berkenaan yang lebih terkehadapan dalam meneroka industri halal jika dibandingkan negara lain. Sememangnya dijangkakan kerjasama ekonomi yang dibawakan oleh Presiden Tsai Ing-wen ini dapat memberi impak dan pembangunan ekonomi di Malaysia. - CARI
|
ifanonline replied at 27-6-2019 12:09 PM
warga taiwan dan hong kong ni lebih bertamadun berbanding warga mainland china...di mana kebanyakan ...
ifanonline: warga taiwan dan hong kong ni lebih bertamadun berbanding warga mainland china...di mana kebanyakan warga cina di malaysia dtg darinya
ADVERTISEMENT