CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1820|Reply: 9

"Ramai Tak Tahu Taiwan Lebih Terbuka Bab Halal" - Malaysia Bantu Kemb

[Copy link]
Post time 27-6-2019 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Hubungan negara Malaysia dan Taiwan dilihat semakin kukuh, bukan sahaja dalam bidang ekonomi malah industri makanan halal.


Ini selepas negara negara tersebut menyatakan hasrat untuk menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dalam usaha meluaskan ekonominya ke peringkat global.


Menurut Pengarah Bahagian Ekonomi Pejabat Ekonomi dan Budaya Taipei Di Malaysia, David Hsu, penyertaan Taiwan ke dalam CPTPP ini bukan sahaja memberi manfaat kepada ekonomi negara tersebut, malah Malaysia turut menerima 'tempias' kebaikannya.


Kredit foto: carian internet



"ada masa ini terdapat 1,700 syarikat Taiwan yang melabur di Malaysia dan syarikat-syarikat ini mengeksport bahan mentah dan juga peralatan dari Taiwan ke Malaysia.


"Jika Taiwan tidak menyertai CPTPP, kebanyakan syarikat ini akan memilih untuk melabur ke negara lain,  terutama negara yang mempunyai perjanjian perdagangan bebas atau negara yang memberi Taiwan lebih banyak pelaburan dengan mudah dan menarik," katanya.


David Hsu juga percaya hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Taiwan turut semakin berkembang dengan pernyertaan negara itu ke dalam CPTPP.


David Hsu




Selain itu, antara manfaat lain termasuklah tarif pada komponen elektronik dan mekanikal iaitu eksport utama Taiwan ke Malaysia akan dihapuskan.


Banyak pekerjaan dapat diwujudkan kerana syarikat-syarikat Taiwan akan menubuhkan kilang di Malaysia.


Paling penting, reputasi tinggi industri halal Malaysia turut mendapat kelebihan dari segi memanfaatkan Taiwan sebagai hab industri halal di negara Asia Timur.


Ini kerana menurut David lagi, Taiwan merupakan negara di rantau berkenaan yang lebih terkehadapan dalam meneroka industri halal jika dibandingkan negara lain.



Sememangnya dijangkakan kerjasama ekonomi yang dibawakan oleh Presiden Tsai Ing-wen ini dapat memberi impak dan pembangunan ekonomi di Malaysia. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2019 12:09 PM | Show all posts
warga taiwan dan hong kong ni lebih bertamadun berbanding warga mainland china...di mana kebanyakan warga cina di malaysia dtg darinya
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 12:18 PM | Show all posts
Mereka makin minat dengan industri halal kerana dapat menarik lebih ramai pelancong islam untuk datang.  Dulu susah sikit nak cari halal food di sana sekarang makin mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 27-6-2019 12:09 PM
warga taiwan dan hong kong ni lebih bertamadun berbanding warga mainland china...di mana kebanyakan  ...

Best la di Taipei dan Kaoh siung...life sana relax jer tak kelam kabut dan orang2 dia pun tak sombong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2019 05:31 PM | Show all posts
ramai opismate gi taiwan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa ek mknn menarik situ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2019 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline: warga taiwan dan hong kong ni lebih bertamadun berbanding warga mainland china...di mana kebanyakan warga cina di malaysia dtg darinya

jarang kita dengar orang taiwan buat hal kan? kalau ada isu dengan Cina gaduh ke politik ke.mesti dari China
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebabkan tzuyu dari taiwan sy dah lama minat ngan org2 taiwan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2019 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Taiwan lebih suka dikaitkan dengan Jepun dari China... sbb Jepun pernah jajah mereka dulu.. org2 tua kat sana ramai boleh cakap Jepun..negara mereka bersih, naik train beratur elok walaupun tgh waktu puncak....   kat sana ramai orang Indonesia so  makanan halal pun lebih kepada selera Indonesia la...

Waktu paling best nak melawat Taipei adalah musim sejuk, akhir Disember ke awal Februari ..sbb hujan paling sedikit, suhu sejuk yg nyaman 14°C ~ 16°C...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 04:50 PM | Show all posts
well di mana ada market share yg tinggi bijaklah menerokai nya especially yg berkaitan halal industri - makanan, barangan pengguna  etc

bijaklah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.418575 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list