CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Peti Sejuk Bukan Muzium!

11-7-2019 11:01 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4684| Komen: 16|Original author: Oleh: natrahn

Menjadi rutin makanan atau lauk-pauk yang tidak habis dimakan akan disimpan di dalam peti sejuk supaya boleh dimakan semula bagi mengelakkan pembaziran. 



Jika makanan tidak disimpan dengan selamat, ia akan menjadi tempat untuk bakteria membiak dan perubahan kimia akan berlaku serta membunuh nutrisi yang ada padanya. 

Menyimpan dalam peti sejuk adalah cara yang mudah dan selamat untuk menyimpan makanan untuk tempoh singkat. Berikut adalah tip menyimpan makanan dalam peti sejuk yang anda perlu tahu.


LEBIHAN MAKANAN MESTILAH DI SIMPAN DI DALAM BEKAS BERTUTUP



- Elakkan menyimpan terus lebihan makanan dalam tin seperti tuna, sardin, susu pekat manis dan sebagainya ke dalam peti sejuk. Makanan akan terdedah ke udara dan bertindak balas dengan logam tin.
- Makanan yang telah dimasak perlu dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan. Namun, makanan tersebut tidak boleh dibiarkan dalam suhu bilik melebihi empat jam.
- Makanan yang telah dimasak boleh tercemar walaupun bercampur dengan sedikit sahaja bahan mentah.
- Makanan untuk bayi mesti segar dan lebihan makanannya WAJIB dibuang!


SUSUN BAHAN MAKANAN DENGAN TERATUR



- Bila ruang peti sejuk terlalu padat, udara sejuk tidak dapat beredar dengan baik, sekali gus menyebabkan makanan yang disimpan cepat rosak. Jadi, elakkan daripada memenuhi ruang peti sejuk dengan makanan yang banyak.
- Simpan mentega atau marjerin berasingan dari ikan dan buah-buahan kerana ia boleh berubah dengan bau tersebut. 
- Simpan telur dan makanan yang berasaskan telur berasingan dari bawang kerana ia boleh berubah dengan bau bawang.


JANGAN SIMPAN DAGING, AYAM, IKAN LEBIH DARIPADA TIGA HARI 



Daging, ayam dan ikan merupakan sumber protein yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Jadi, bakteria akan cepat membiak dan menjadikannya cepat busuk. 

Jika ingin menyimpannya dalam tempoh lama, simpan di dalam ruangan sejuk beku. Ia akan bertahan selama tiga hingga empat bulan. 


SIMPAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN DI BAHAGIAN LACI BAWAH PETI SEJUK 



- Simpan sayuran dan buahan di ruangan laci bawah. Penggunaan beg plastik berlubang juga membantu mengurangkan kehilangan air dan membantu peredaran udara.
- Jangan basuh sayur-sayuran hijau sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

Secara umum, makanan lebihan boleh disimpan di dalam peti sejuk selama tiga hingga empat hari sahaja. Untuk lebih lama, perlu diletakkan dalam bahagian sejuk beku. 

Baca label pada pembungkus atau bekas makanan untuk cara menyimpan sebelum dan selepas membukanya. Makanan perlu disimpan pada suhu yang betul, persekitaran yang bersih dan dimakan sebelum tarikh luput. 

Pastikan anda melabel makanan dan tarikh makanan mula disimpan. Semoga bermanfaat! 


P:S/ Jika anda masih menyimpan sisa makanan dari Ramadhan atau awal Syawal lalu, mungkin anda perlu membersihkan ruangan peti sejuk anda. Nak simpan lama, simpanlah diruang sejuk beku. Boleh bertahan sehingga Deepavali! - CARI


Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 11-7-2019 11:47 AM
Beli bahan secukupnya saja untuk elak pembaziran.  Kalau keluarga jenis tak suka makan lebihan makanan atau lauk semalam eloklah dibuang le.  Tak ada gunanya kalau masih sayang dan disimpan kerana tahu bakal ke tong sampah juga akhirnya.
Quote ainashiqa 11-7-2019 11:59 AM
Tapi ada gak org yg jenis simpan makanan tu lama. Nk makan panaskan je. Yg pelik nya org tu x sakit perut lak
Quote chinta89 11-7-2019 01:12 PM
iols beli sikit2 je. atau kalau dh tau penat nak memasak bila blk kerja, beli je bungkus di kedai. once u dh malas utk sehari utk memasak, biasanya utk hari2 mendatang pun jadi gtu jgk.mood nk memasak tu jd 'lambat datang' atau cadangan lain, diet je lah lbh baik. x perlu pk2 nk simpan makanan dlm peti. ahaks
Quote supernaturalee 11-7-2019 01:18 PM
peti ais kt rmh getah kt pintu mcm nk lekang
hbs air keluar meleleh
pastu air nk buat ketul ais pun xleh beku





Quote LadyCarefree 11-7-2019 02:23 PM
supernaturalee: peti ais kt rmh getah kt pintu mcm nk lekanghbs air keluar meleleh pastu air nk buat ketul ais pun xleh beku



Humban dn beli baru
Quote haziqah 11-7-2019 03:15 PM
supernaturalee replied at 11-7-2019 01:18 PM
peti ais kt rmh getah kt pintu mcm nk lekang
hbs air keluar meleleh
pastu air nk buat ketul ais p ...

Boleh tukar getah tu
Quote supernaturalee 11-7-2019 04:56 PM

humban kt ngko je nak?



Quote supernaturalee 11-7-2019 04:58 PM

ade x no pomen yg blh buat ni


Quote LadyCarefree 11-7-2019 05:22 PM
supernaturalee replied at 11-7-2019 04:56 PM
humban kt ngko je nak?

Xnk ah iols ade peti ais canggih dn baru
Quote supernaturalee 11-7-2019 05:44 PM
LadyCarefree replied at 11-7-2019 05:22 PM
Xnk ah iols ade peti ais canggih dn baru

choyyy



Quote supernaturalee 11-7-2019 05:45 PM
LadyCarefree replied at 11-7-2019 05:22 PM
Xnk ah iols ade peti ais canggih dn baru

choyyy



Quote amisery 11-7-2019 07:19 PM
iyo lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote CikB 11-7-2019 08:09 PM
beli ngam2 saja utk seminggu & tak masak berlebihan utk satu2 masa
Quote LadyCarefree 11-7-2019 08:25 PM
supernaturalee replied at 11-7-2019 05:44 PM
choyyy

Hehehehe marilah kita reramai doakan agar peti ais @supernaturalee kembali sihat
Quote supernaturalee 12-7-2019 08:40 AM
LadyCarefree replied at 11-7-2019 08:25 PM
Hehehehe marilah kita reramai doakan agar peti ais @supernaturalee kembali sihat

amin




Quote Lengkong 12-7-2019 11:45 AM
CikB replied at 11-7-2019 08:09 PM
beli ngam2 saja utk seminggu & tak masak berlebihan utk satu2 masa

Ye samalah kita, beli untuk seminggu. Tak  membazir


Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.043573 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top