CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ramai Keliru, Betul Ke Kelkatu Sebenarnya Anai-Anai?

26-6-2019 11:34 AM| Diterbitkan: cikqis88| Dilihat: 24115| Komen: 28|Original author: Oleh: The Queen

Description: Seperti yang kita semua sedia maklum, kelkatu merupakan sejenis serangga yang sangat sukakan cahaya. Kita seringkali dapat melihat pemandangan lampu dikerumuni oleh kelkatu pada waktu malam, selalunya ...
Seperti yang kita semua sedia maklum, kelkatu merupakan sejenis serangga yang sangat sukakan cahaya. Kita seringkali dapat melihat pemandangan lampu dikerumuni oleh kelkatu pada waktu malam, selalunya sebelum atau selepas hujan dan ianya pasti menjengkelkan kerana banyak sayap kelkatu jatuh di lantai pada keesokan pagi!


kredit foto siakapkelinews.blogspot
Tapi tahukah anda bahawa kelkatu sebenarnya adalah anai-anai?

Ya, kelkatu merupakan satu peringkat dalam kitaran hidup anai-anai. Anai-anai hidup di dalam koloni yang besar di dalam sarang. Telur anai-anai akan menetas menjadi larva dan masih tidak mampu untuk makan sendiri. Masa dan cara pemakanan larva inilah yang akan menentukan laluan mereka untuk membentuk kasta-kasta yang sesuai.

kredit foto kimsuyi.blogspot

Anai-anai mempunyai 3 kasta iaitu Pekerja, Askar dan Pembiak.

Pekerja
Anai-anai ini bertugas melakukan kerja seharian untuk koloni anai-anai termasuk memberi makan kepada anak anai-anai, menjaga ratu, membaiki sarang, mencari makanan dan tugas-tugas lain. Anai-anai inilah yang kita lihat sering memakan kayu-kayu perabot di rumah!

kredit foto siakapkelinews.blogspot

Askar
Tugas utama anai-anai berstatus askar cuma satu sahaja iaitu melindungi koloninya. Mereka sangat hebat dalam pertahanan. Cara untuk mengenal fizikal anai-anai ini adalah ada objek tajam berwarna hitam di bahagian depan kepalanya.

kredit foto siakapkelinews.blogspot
Kedua-dua askar dan pekerja ini berkongsi satu persamaan iaitu mereka buta! Mereka berkomunikasi menggunakan signal kimia dan getaran yang dihasilkan melalui hentakan kepala.

Pembiak
kredit foto siakapkelinews.blogspot

Anai-anai pembiak ini lah yang kita namakan kelkatu. Anai-anai ini jarang dihasilkan dan selalunya satu-satu koloni mengambil masa lebih dari 4 tahun untuk menghasilkan kelkatu. Kelkatu merupakan anai-anai yang bersayap dan bermata. Mereka akan terbang keluar dari sarang apabila sudah matang untuk mencari pasangan dan membina koloni baru. Setelah berjaya mendapatkan pasangan, pasangan kelkatu ini akan jatuh ke tanah, menanggalkan sayapnya dan bergerak mencari kawasan baru di tanah/kayu untuk membina sarang/koloni baru.

Kelkatu jantan akan menjadi raja dan kelkatu betina akan menjadi permaisuri bagi koloni baru yang dibentuknya. Walaupun kelkatu dihasilkan dalam jumlah yang banyak, namun hanya sedikit sahaja yang dapat meneruskan hidup kerana adanya pelbagai ancaman dari luar sepanjang proses mereka ingin membina koloni baru. Contohnya dimakan oleh cicak, katak, ancaman manusia dan lain-lain.

Subhanallah. Sungguh hebat ciptaan Allah.

Adakah anda baru tahu sebenarnya kelkatu adalah anai-anai? - CARI 
8

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 26-6-2019 11:41 AM
macam mana boleh ada raja dan queen ye..adekah memang berketurunan raja atau sebab dia besar dr yang lain, lalu dilantik menjadi raja?

Quote umbut 26-6-2019 11:41 AM
Yup.. kelkatu tu pun anai2. Gerammmmmm.. habis anai2 makan kabinet dapur.. aku sembur dgn racun anai2. Bau pulak umah
Quote RatuDunia94 26-6-2019 11:56 AM
Nyesekkkkk betul bila bagun pagi beranda rumah penuh dgn sayap deols!! Dah la ringan gila.. bila sapu makin terbang plak..
Quote Kurex 26-6-2019 12:04 PM
Esok tu tengok ada banyak sayang kelekatu.. Indahnya kitaran hidup tuhan
Quote krustykrab 26-6-2019 12:15 PM
kucingitam replied at 26-6-2019 11:41 AM
macam mana boleh ada raja dan queen ye..adekah memang berketurunan raja atau sebab dia besar dr yang ...

Mungkin cara pemakaian baju tradisi dia berbeza dr kasta pekerja dan askar...
Quote chinta89 26-6-2019 12:20 PM
bila aku btau anai2 dan kelkatu benda sama, kawan aku  x pcya. ikut suka ko lah.
Quote smurfetz 26-6-2019 12:33 PM
umbut replied at 26-6-2019 11:41 AM
Yup.. kelkatu tu pun anai2. Gerammmmmm.. habis anai2 makan kabinet dapur.. aku sembur dgn racun anai ...

Baru last week sembang dgn cousin.. rumah dia kena masuk anai-anai
dia sembur racun anai-anai.. makin galak lak dia org
sampai kena panggil pest control, org pest control kata anai-anai lagi byk kalo kita sembur racun
tak tau la betul ke idak

cousin pun ckp org pest control tu kata kelkatu tu anai-anai
iols tak percaya sehinggalah baca article ni
Quote Artemesiaa 26-6-2019 12:34 PM
Dah lama tahu selalu kawasan kampung banyak benda ni sebab banyak kayu reput rumah papan dan kawasan hutan kecil
Quote Boomibulat 26-6-2019 12:37 PM
Dulu2 kat kg klu mlm tu keluar kelkatu,esk tu penuh la sungai bdk2 mancing.ikan kg suka mkn kelkatu.tp kelkatu bsr skit bkn mcm kl punya
Quote CikB 26-6-2019 01:11 PM
dah tahu lama dah kelkatu tu anai2
Quote kucingitam 26-6-2019 02:12 PM
krustykrab replied at 26-6-2019 12:15 PM
Mungkin cara pemakaian baju tradisi dia berbeza dr kasta pekerja dan askar...

hhahaha...jawapan kau...mengundang betul..

Quote misz_sanggul 26-6-2019 02:56 PM
Boomibulat replied at 26-6-2019 12:37 PM
Dulu2 kat kg klu mlm tu keluar kelkatu,esk tu penuh la sungai bdk2 mancing.ikan kg suka mkn kelkatu. ...

yg taw kalo mlm ni kelkatu byk..sok msti tumbuh cendawan busut..
pe kajian saintifik yg related  tawle mende..
tp tumbuh cendawan tu msk lemak sedap wei


Quote UmbrellaCorps 26-6-2019 11:12 PM
yg nak jadi raja tu dia tahu dia buleh terbang tinggi tak sama dengan yg kasta bawahan.. macam enggang dengan pipit..
Quote ariatumrawam 27-6-2019 02:42 AM
Baru tahu tak berapa lama dulu. Memang macam waaaahhh. Tapi kat bandar ni tak banyak, mmg kawasan kamping banyak.. sebab rumah kayu banyak kan. Logic la tu
Quote Daintymerry19 27-6-2019 08:12 AM
Owhh..so mmg betul la kelekatu tu anai2.
Quote lee_sakura 27-6-2019 08:50 AM
tq tt bg info
Quote cikcikebom 27-6-2019 08:55 AM
tq tt bg info
Quote johan-adx 27-6-2019 08:57 AM
kalau rumah2 kayu lama..busut..mmg tmp anai2 la..
Quote Genkidesuka 27-6-2019 09:06 AM
kucingitam replied at 26-6-2019 11:41 AM
macam mana boleh ada raja dan queen ye..adekah memang berketurunan raja atau sebab dia besar dr yang ...

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Dari apa yg akak fhm la... kelkatu tu royalties... mcm princes n princesses.  Mlm pesta cahaya tu kiranya mlm dorang erm beromen. Perasan tk byk kelkatu yg terkorban the nx day?  Yg tu yg tewas, too much partying lol.  Cara Allah kawal populasi mereka la tu, Masya Allah.  Mana2 couples yg survive lepas mlm 'pesta muda-mudi' tu, akan bertelur n mulakan colony baru.  Anai2 tu pulak nnti membesar jd pekerja, askar, dayang2... bergantung kpd keperluan colony tu.  N jawatan tu tk fixed... boleh tukar anytime... contohnya pekerja kuli tiba2 boleh jd askar kalau sarang diserang musuh.  Pastu bila colony tu dah besar kuat, barulah putera n puteri bersayap yg akan meluaskan kuasa kerajaan dilahirkan.  Bila tiba masanya, putera puteri tu akan terbang keluar dari sarang utk berpesta n the cycle goes on n on.  Wallahua'lam.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.048885 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top