CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Buta Tak Boleh Kahwin Sebab Gagal Tandatangan Borang Nikah

27-6-2019 10:34 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 4319| Komen: 18|Original author: Oleh: HakirRahman

Proses berkahwin bukan mudah, banyak perkara hendak dibuat. Tetapi, apa jadi kalau anda seorang cacat penglihatan dan dipaksa tandatangan borang kahwin sedangkan anda tidak pernah mengenali apatah pula menulis abjed rumi?

Itulah yang berlaku di China apabila permohonan seorang lelaki untuk mendapatkan lesen kahwin ditolak kerana gagal menurunkan tandatangan.

Lapor supchina.com, Xiong Xiong yang buta sejak kecil dan tidak pernah belajar aksara Cina gagal mendapatkan lesen kahwin kerana pegawai Biro Perkahwinanan China memaksanya menandatangani borang menggunakan aksara Cina. 


FOTO: SUPCHINA.COM

Pegawai itu berkata, "Awak ada potensi. Awak boleh tandatangan." 

Menurut Xiong Xiong, permohonanannya pernah ditolak sebelum ini dan pegawai sama menyuruhnya pulang dan menghafal aksara Cina untuk namanya. 


Tetapi, selepas beberapa hari menghafal, Xiong Xiong masih gagal menulis karakter namanya dengan baik menyebabkan permohonan kali keduanya turut ditolak. 


FOTO: SUPCHINA.COM

Kecewa dengan pegawai itu, Xiong meluahkan kekesalannya kepada stesen TV yang menemuramahnya.

"Bukan mudah untuk saya mencari wanita yang sudi berkahwin dengan saya. Saya sangat kecewa apabila tandatangan menjadi penghalang untuk saya berkahwin," ujarnya.

Orang buta diseluruh dunia menggunakan sistem tulisan Braille untuk membaca dan menulis. Sistem tulisan ini sangat berbeza dengan mana-mana abjad dan huruf yang digunakan orang celik. 


FOTO: THE BEIJINGER/ ROYAL BLIND

Hendak berkahwin bukan mudah, tetapi kalau proses yang menjadi penghalang memang wajarlah Xiong Xiong kecewa dan marah. 

Apa halangan terbesar anda untuk berkahwin? - CARI

Bagus
3

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikB 27-6-2019 11:01 AM
kesian dia...
Quote sukacactus 27-6-2019 11:10 AM
Officer tu yg buta...buta perut
Xkan xleh longgarkan syarat skit utk OKU, misalnya pakai thumbprint je
Quote crazybeach 27-6-2019 11:15 AM
tandatangan tu sendiri punya style lah kan. suka hati lah nak buat apa2 bentuk. nak kena ikut aksara bagai tu ke?

alangkan yb kat malaya nih punya signature pun berbentuk kopek tapi sah juaaa
Quote matbad 27-6-2019 11:26 AM
sukacactus: Officer tu yg buta...buta perutXkan xleh longgarkan syarat skit utk OKU, misalnya pakai thumbprint je

Well China kannn
Quote EvieWanKenobi 27-6-2019 11:30 AM
mustahilnya..
Quote meow_tompok 27-6-2019 11:33 AM
Jadi apakah kesudahannya? Dah masuk tv.
Kalau kat Malaysia, mesti dah ada menteri yg prihatin.
CSI gamba officer viral merata.. takde hati perut betul
Quote Artemesiaa 27-6-2019 11:38 AM
Elok benarkan dia guna cap jari je ni tetiba nak suruh mahir tulis tandatangan mana pandainya kalau dalam masa singkat.  
Quote DayangKirana 27-6-2019 11:44 AM
Awak ada potensi. Awak boleh tandatangan


asbestos punye gomen officer...
patut bagi solution, bukan menganjing..
Quote batmana 27-6-2019 11:45 AM
pegawai tu patut dilempang aja

pstu  tutup matanya, suh dia tulis , wat urusan kerja dlm sehari..klu takle pecat aja..psl pegawai tu ada potensi utk buat keje tnpa mata

Quote putericahaya999 27-6-2019 11:50 AM
Kalau jabatan agama Islam buat ni mesti havoc dah
Quote espritvin 27-6-2019 11:59 AM
kesiannya..pakai jela cap jari
Quote Winona888 27-6-2019 12:05 PM
Patut pegawai tu yg jd buta...
Quote ifanonline 27-6-2019 12:06 PM
mata walaupun buta, tapi kote tetap naik
Quote ikanmasin 27-6-2019 12:35 PM
kesiannya ptt dimudahkan sajalah..
Quote Sazida 27-6-2019 12:50 PM
crazybeach replied at 27-6-2019 11:15 AM
tandatangan tu sendiri punya style lah kan. suka hati lah nak buat apa2 bentuk. nak kena ikut aksara ...

okayy tiber teringattt ayat ko tau x aku sape?  hahaha
Quote haryatie 27-6-2019 01:08 PM
pelik nya..x bleh ke guna cap jari jerk
buta hati perut betul staff tu
Quote buapakperut 27-6-2019 02:10 PM
Bodohnya pegawai.. Harap jadi buta,mengarut je
Quote airmineral 27-6-2019 04:33 PM
kesiannyeeeeeeeeeeeeee
naya org je drg ni

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.050426 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top