Proses berkahwin bukan mudah, banyak perkara hendak dibuat. Tetapi, apa jadi kalau anda seorang cacat penglihatan dan dipaksa tandatangan borang kahwin sedangkan anda tidak pernah mengenali apatah pula menulis abjed rumi?
Itulah yang berlaku di China apabila permohonan seorang lelaki untuk mendapatkan lesen kahwin ditolak kerana gagal menurunkan tandatangan.
Lapor supchina.com, Xiong Xiong yang buta sejak kecil dan tidak pernah belajar aksara Cina gagal mendapatkan lesen kahwin kerana pegawai Biro Perkahwinanan China memaksanya menandatangani borang menggunakan aksara Cina.
FOTO: SUPCHINA.COM
Pegawai itu berkata, "Awak ada potensi. Awak boleh tandatangan."
Menurut Xiong Xiong, permohonanannya pernah ditolak sebelum ini dan pegawai sama menyuruhnya pulang dan menghafal aksara Cina untuk namanya.
Tetapi, selepas beberapa hari menghafal, Xiong Xiong masih gagal menulis karakter namanya dengan baik menyebabkan permohonan kali keduanya turut ditolak.
FOTO: SUPCHINA.COM
Kecewa dengan pegawai itu, Xiong meluahkan kekesalannya kepada stesen TV yang menemuramahnya.
"Bukan mudah untuk saya mencari wanita yang sudi berkahwin dengan saya. Saya sangat kecewa apabila tandatangan menjadi penghalang untuk saya berkahwin," ujarnya.
Orang buta diseluruh dunia menggunakan sistem tulisan Braille untuk membaca dan menulis. Sistem tulisan ini sangat berbeza dengan mana-mana abjad dan huruf yang digunakan orang celik.
FOTO: THE BEIJINGER/ ROYAL BLIND
Hendak berkahwin bukan mudah, tetapi kalau proses yang menjadi penghalang memang wajarlah Xiong Xiong kecewa dan marah.
Apa halangan terbesar anda untuk berkahwin? - CARI |