CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Fuh Hebat! Jurukimpal Dalam Air Wanita Pertama Di Malaysia

26-6-2019 11:32 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7717| Komen: 38|Original author: Oleh: natrahn

Description: Kerja-kerja berat selalunya dimonopoli oleh kaum Adam. Kaum hawa lebih suka kerja pejabat atau kerja-kerja pentadbiran. Kimpalan bawah air adalah antara pekerjaan paling berbahaya di dunia kerana ia m ...

Kerja-kerja berat selalunya dimonopoli oleh kaum Adam. Kaum hawa lebih suka kerja pejabat atau kerja-kerja pentadbiran. Kimpalan bawah air adalah antara pekerjaan paling berbahaya di dunia kerana ia melibatkan kerja dalam persekitaran yang dalam dan berisiko dengan penglihatan minimum menurut laman web kejuruteraan.

Antara tanggungjawab pengimpal bawah air ialah membaiki kapal, empangan, talian paip, pelantar minyak dan habitat sub-laut. Kaum Hawa pada zaman sekarang sudah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum Adam. Pekerjaan jurukimpal dalam air mungkin kelihatan terlalu sukar bagi seorang wanita tetapi Nurizzati Athirah Mohamad Yusoff telah membuktikan jantina bukan penghalang. 

Laman sosial Facebook PengerangMalaysia telah berkongsikan gambar aksi selamba Nurizzati semasa sedang membuat kerja pengimpalan di dalam air baru-baru ini. 

Nurizzati atau dipanggil juga Athirah di kalangan ahli keluarga merupakan satu-satunya graduan wanita dalam bidang kimpalan di Kolej Vokasional Taiping. Beliau merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik dan berasal dari Kampung Kuala Sungai Rambutan, Rantau Panjang di daerah Selama, Perak.


Foto: FB

Semasa kecil Nurizzati seorang yang lasak dan gemar bermain bersama budak-budak lelaki dan bercita-cita menjadi seorang askar. Nurizzati menamatkan kursus kimpalan bawah air di Pusat Latihan Weldzone, Seri Manjung, Perak. 

Pusat Latihan Weldzone menawarkan kursus menyelam komersial serta kimpalan bawah air dan pemotongan bawah air. Selain menjadi pengimpal bawah air, beliau adalah pembantu pengajar di pusat itu di mana semua muridnya adalah lelaki. 

Kerja kimpalan bawah air Nurizzati yang terakhir adalah memasang jaring obor-obor di Teluk Rubiah di Manjung, Perak.


Foto: FB
Menurut Nurizzati selain kemahiran, kimpalan bawah air memerlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental kerana tugas itu sangat sukar dan berisiko. Arus yang deras dan penglihatan agak terhad semasa berada di dalam air di samping kadangkala memerlukan pengimpal untuk mengangkat objek berat merupakan antara cabaran bekerja sebagai jurukimpal dalam air. Jurukimpal dalam air juga perlu sentiasa menitikberatkan ciri-ciri keselamatan dan keadaan persekitaran semasa berada di dalam air.


Foto: FB
Namun itu bukanlah penghalang pada Nurizzati kerana ia sebenarnya mendorong beliau untuk memperbaiki diri dan mengajar diri beliau bahawa beliau boleh melakukan apa-apa sahaja jika beliau  percaya dan yakin beliau boleh. 

Jantina bukanlah satu masalah ujar beliau. Nurizzati turut bercita-cita bekerja di luar negara sekiranya mendapat peluang untuk merasai pengalaman kerja dan iklim berbeza.


Perkara yang dirasakan mustahil nescaya boleh dilakukan sekiranya punya minat dan keazaman yang tinggi bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Semoga bermanfaat. -CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 26-6-2019 11:52 AM
Tahniah Dik..
Quote chinta89 26-6-2019 12:21 PM
kerlas kau dik
Quote msdummy.2018 26-6-2019 12:29 PM
bravoooooo
Quote Artemesiaa 26-6-2019 12:31 PM
Moga terus berjaya tak ramai berani untuk ceburi bidang sebegini
Quote CikB 26-6-2019 12:51 PM
wow!!!  tahniah dik...jarang org nk up cerita kejayaan mcm ni...masyaallah...x ramai wanita yg  berani mcm ni
Quote MyStiQu3 26-6-2019 01:05 PM
Woww hebatt! Respect la sama dia ni! Bukan senang nak buat kerja cam ni.
Quote pysharil 26-6-2019 01:30 PM
hebat mu,dlm laut tuu..aku snorkeling tmpat dlm ckit pun dh ketaq lutut gerun oih dgn gelapnya
Quote dramaking007 26-6-2019 01:30 PM
mantaaaaaaaaap {:good{:good
Quote tagas 26-6-2019 04:28 PM
fuh gaji mesti masyuk nih
Quote Lengkong 26-6-2019 10:12 PM
Tahniah adik, hebat

Quote makita 26-6-2019 10:17 PM
Ni gaji mesti sejam ratus2 ni..
Quote hyie 26-6-2019 11:16 PM
ni yang kerja sama macam laki amy mastura ye?
Quote ikanmasin 27-6-2019 12:32 AM
tahniah utk adik..kuat semangat dgn berani..
Quote Daintymerry19 27-6-2019 08:10 AM
Tahniah dik..cerita macam nih lah best
Quote paralyzedMind 27-6-2019 09:10 AM
inspiring story.. bravo dik
Quote nurbaya 27-6-2019 09:15 AM
Tahniah! I suka kisah inspiring mcm ni. Bukan senang nak buat kerja u ni dik..bravo and girl power!
Quote Sazida 27-6-2019 09:53 AM
good girl.. muka pun comel je..hrp ko tak terjebak aktiviti tiktok dgn wechat la dik.. cari laki yg sama keje dgn ko ok..
Quote helicornia 27-6-2019 10:52 AM
uit  job ni masyuk ye..dengar citer boleh dapat sampai belas ribu. sapa ada adik or anak sedara minat kemahiran, minat welding sila la amik course ni
Quote cik_nit 27-6-2019 10:59 AM
Hebat ko dik..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.353332 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top