CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6511|Reply: 38

Fuh Hebat! Jurukimpal Dalam Air Wanita Pertama Di Malaysia

[Copy link]
Post time 26-6-2019 11:32 AM | Show all posts |Read mode


Kerja-kerja berat selalunya dimonopoli oleh kaum Adam. Kaum hawa lebih suka kerja pejabat atau kerja-kerja pentadbiran. Kimpalan bawah air adalah antara pekerjaan paling berbahaya di dunia kerana ia melibatkan kerja dalam persekitaran yang dalam dan berisiko dengan penglihatan minimum menurut laman web kejuruteraan.


Antara tanggungjawab pengimpal bawah air ialah membaiki kapal, empangan, talian paip, pelantar minyak dan habitat sub-laut.
Kaum Hawa pada zaman sekarang sudah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum Adam. Pekerjaan jurukimpal dalam air mungkin kelihatan terlalu sukar bagi seorang wanita tetapi Nurizzati Athirah Mohamad Yusoff telah membuktikan jantina bukan penghalang.



Laman sosial Facebook PengerangMalaysia telah berkongsikan gambar aksi selamba Nurizzati semasa sedang membuat kerja pengimpalan di dalam air baru-baru ini.


Nurizzati atau dipanggil juga Athirah di kalangan ahli keluarga merupakan satu-satunya graduan wanita dalam bidang kimpalan di Kolej Vokasional Taiping. Beliau merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik dan berasal dari Kampung Kuala Sungai Rambutan, Rantau Panjang di daerah Selama, Perak.





Foto: FB




Semasa kecil Nurizzati seorang yang lasak dan gemar bermain bersama budak-budak lelaki dan bercita-cita menjadi seorang askar. Nurizzati menamatkan kursus kimpalan bawah air di Pusat Latihan Weldzone, Seri Manjung, Perak.


Pusat Latihan Weldzone menawarkan kursus menyelam komersial serta kimpalan bawah air dan pemotongan bawah air. Selain menjadi pengimpal bawah air, beliau adalah pembantu pengajar di pusat itu di mana semua muridnya adalah lelaki.


Kerja kimpalan bawah air Nurizzati yang terakhir adalah memasang jaring obor-obor di Teluk Rubiah di Manjung, Perak.




Foto: FB



Menurut Nurizzati selain kemahiran, kimpalan bawah air memerlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental kerana tugas itu sangat sukar dan berisiko. Arus yang deras dan penglihatan agak terhad semasa berada di dalam air di samping kadangkala memerlukan pengimpal untuk mengangkat objek berat merupakan antara cabaran bekerja sebagai jurukimpal dalam air. Jurukimpal dalam air juga perlu sentiasa menitikberatkan ciri-ciri keselamatan dan keadaan persekitaran semasa berada di dalam air.




Foto: FB



Namun itu bukanlah penghalang pada Nurizzati kerana ia sebenarnya mendorong beliau untuk memperbaiki diri dan mengajar diri beliau bahawa beliau boleh melakukan apa-apa sahaja jika beliau  percaya dan yakin beliau boleh.


Jantina bukanlah satu masalah ujar beliau. Nurizzati turut bercita-cita bekerja di luar negara sekiranya mendapat peluang untuk merasai pengalaman kerja dan iklim berbeza.







Perkara yang dirasakan mustahil nescaya boleh dilakukan sekiranya punya minat dan keazaman yang tinggi bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Semoga bermanfaat. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Dik..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 12:21 PM | Show all posts
kerlas kau dik
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 12:29 PM | Show all posts
bravoooooo
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 12:31 PM | Show all posts
Moga terus berjaya tak ramai berani untuk ceburi bidang sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 12:51 PM | Show all posts
wow!!!  tahniah dik...jarang org nk up cerita kejayaan mcm ni...masyaallah...x ramai wanita yg  berani mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2019 01:05 PM | Show all posts
Woww hebatt! Respect la sama dia ni! Bukan senang nak buat kerja cam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
hebat mu,dlm laut tuu..aku snorkeling tmpat dlm ckit pun dh ketaq lutut gerun oih dgn gelapnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mantaaaaaaaaap {:good{:good
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 04:28 PM | Show all posts
fuh gaji mesti masyuk nih
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah adik, hebat

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni gaji mesti sejam ratus2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 11:16 PM | Show all posts
ni yang kerja sama macam laki amy mastura ye?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 12:32 AM | Show all posts
tahniah utk adik..kuat semangat dgn berani..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik..cerita macam nih lah best
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 09:10 AM | Show all posts
inspiring story.. bravo dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2019 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah! I suka kisah inspiring mcm ni. Bukan senang nak buat kerja u ni dik..bravo and girl power!
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 09:53 AM | Show all posts
good girl.. muka pun comel je..hrp ko tak terjebak aktiviti tiktok dgn wechat la dik.. cari laki yg sama keje dgn ko ok..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 10:52 AM | Show all posts
uit  job ni masyuk ye..dengar citer boleh dapat sampai belas ribu. sapa ada adik or anak sedara minat kemahiran, minat welding sila la amik course ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 10:59 AM | Show all posts
Hebat ko dik..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.062459 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list