CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kejadian Misteri Di Sekolah Rendah, Papan Tanda Berayun Sendiri

27-6-2019 12:05 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7905| Komen: 26|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Kejadian misteri papan tanda berayun sendiri disaksikan oleh beberapa murid sekolah terbabit. Kredit foto: Twitter


Kebiasaannya, sesuatu objek yang tergantung hanya akan berayun apabila digerakkan oleh tenaga manusia atau tiupan angin yang kuat.

Berbeza pula dengan sekeping papan tanda yang digantungkan di sebuah sekolah rendah, ia berayun ke kiri dan ke kanan dengan kelajuan yang semakin meningkat namun tidak diketahui apa puncanya yang menyebabkan objek itu bergerak.

Lebih menghairankan, dua lagi papan tanda yang digantungkan beberapa meter di belakangnya hanya berayun sedikit atau kelihatan seperti tidak bergerak langsung semasa papan tanda yang memaparkan perumpamaan dalam bahasa Inggeris 'AS LIVELY AS A CRICKET' itu berbuai laju.

Lokasi kejadian itu tidak diketahui namun berdasarkan loghat seorang wanita yang merakamkan video yang tular melalui media sosial tersebut, sekolah terbabit dipercayai terletak di utara Semenanjung Malaysia


Dalam video yang turut disiarkan laman Twitter SARAWAK ARITOK pada 24 Jun, beberapa murid sekolah berkenaan turut menyaksikan perkara aneh itu.

Pelbagai persoalan timbul dalam kalangan netizen yang menyaksikan video yang berdurasi 41 saat tersebut.

Salah seorang daripada mereka secara berseloroh mengaitkan ayunan papan tanda itu dengan buaian Newton yang digunakan dalam kelas Fizik untuk menunjukkan prinsip keabadian momentum.

Kredit foto: Twitter

Video yang sama turut tular melalui Facebook dan mencetuskan pelbagai spekulasi tentang sekolah yang dikatakan pernah berlaku kejadian misteri seperti kerusi atau meja bergerak sendiri.

Walau bagaimanapun, memetik laporan MStar pada 25 Jun, seorang guru di sekolah berkenaan memberitahu, tiada gangguan yang berlaku terhadap kakitangan dan murid-murid.

Beliau juga menjelaskan, tapak sekolah itu pada asalnya merupakan kawasan hutan kecil dan ada kaitan dengan sejarah pendudukan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Meremang juga bulu roma bila menonton video itu lebih-lebih lagi pada waktu tengah malam yang sunyi. - CARI


Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 27-6-2019 12:15 PM
kiranya...'HANTU JEPUN' punya kojo la tu....
Quote slavehunter 27-6-2019 12:22 PM
Biasa la jin punya kerja....aku pun pernah kena kacau gak tetiba kaki aku tersentak bergerak aku buat bodo jer la...dah nama pun musuh utama manusia.
Quote RatuDunia94 27-6-2019 12:25 PM
Kenapa x stop kan??
Quote 234126 27-6-2019 12:25 PM
Edited by 234126 at 27-6-2019 12:26 PM

Mungkin  orang lalu lalang tingkat atas kot so jadi la hukum newton mcm tu. Takpun karang kena speku ada momok bergayut mcm monkey bar kan
Quote Boomibulat 27-6-2019 12:41 PM
Takpe nti majalah mustika dtg siasat
Quote hussaini4675 27-6-2019 12:54 PM
Boomibulat: Takpe nti majalah mustika dtg siasat


Majalah mastika dah lama tutup kedai kot
Quote rospinki 27-6-2019 01:08 PM
takat dia usik gitu takdehal..jgn muncul je

Quote mziskandar 27-6-2019 01:08 PM
free energy
Quote zulka 27-6-2019 02:31 PM

tinggi tu..org dewasa pun tak bleh capai

Quote zjen 27-6-2019 02:38 PM
dah tgk video ni last week kat whatsapp,   ingatkan video lama
Quote clarizsa 27-6-2019 03:46 PM
Biasalah tu
Buaian umah i lagi berat n xde apa angin pun leh berbuai sendiri
Xde apa lah
Bukan kacau orang pun
Quote giyomi 27-6-2019 06:39 PM
selepas ni bole lah kita katakan, papan tanda takan goyang jika tiada penunggu...karutz
Quote che_yatt 27-6-2019 09:56 PM
Boomibulat replied at 27-6-2019 12:41 PM
Takpe nti majalah mustika dtg siasat

mastika wujud lagi ka?
Quote nono86 28-6-2019 12:54 AM
Seremmmmmmmm
Quote kroit92 28-6-2019 01:19 AM
hm? bukan benda ni normal ke?

masa aku sekolah pun ada satu papan tanda jenis ni yang selalu rock & roll

tapi kitorang tengok ramai2 la, and the conclusion, ada laluan angin di atas tu yang flow non-stop yada yada yada entah la.

cikgu pun dongak, "Hmm.. kena ketat kan skru ni nanti. Goyang2 macam ni hari2 boleh longgar skru atas tu."

aman je sekolah sepanjang papan tanda tu rock & roll sorang2
Quote pumpkingirl 28-6-2019 09:58 AM
Sakan dia bergayut..makin lama makin laju
Quote pseudo_kl 28-6-2019 10:04 AM
ni bebudak main ni. letak benang tak nampak. elok pulak gelek inul dia. pastu elok pulak nk rakam kat situ.
Quote ezacbee 28-6-2019 10:27 AM
Edited by ezacbee at 28-6-2019 10:35 AM
pseudo_kl replied at 28-6-2019 10:04 AM
ni bebudak main ni. letak benang tak nampak. elok pulak gelek inul dia. pastu elok pulak nk rakam ka ...

Ada budak berbaju merah kat tepi tu..
Saje main2 nak kasi viral


Quote Mfzg89 28-6-2019 03:33 PM
Tengok dari momentum cara gerak pn tau ikat benang...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048505 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top