Jika anda seorang pekerja yang kebanyakan masa dihabiskan di pejabat ataupun di hadapan skrin monitor sahaja, pasti pernah merasa pengalaman menjengkelkan seperti di bawah ini. Berada di pejabat dengan rakan sekerja pasti memberikan 1001 pengalaman berdepan dengan pelbagai kerenah. Pernahkah anda mengalami paling tidak pun satu daripada situasi di bawah? Jom kita 'check'!
1. Pinggan dan cawan terbiar dalam sinki pantri Pasti ada seorang di pejabat anda yang malas betul nak basuh segala pinggan mangkuk dan 'mug' selepas digunakan. Sudahnya, dibiarkan saja dalam sinki. Ish ish, teruk betul.
2. Sering mengeluh macam banyak kerja padahal... "Ish aku stres betullah, banyak betul kerja ni..!!" padahal 'online' je lebih. Orang lain boleh menguruskan lima hingga 10 projek, tapi si dia kena isi dokumen pun dah mengadu stres. 3. Suka makan di meja sendiri. Bau makanan masya-Allah, sedapnya... Dah ada tempat khas seperti pantri, tapi nak juga makan di meja kerja. Kalau roti ataupun air kotak tak mengapalah, sekali melantak nasi lemak, mee rebus, nasi dagang. Baunya pulak kuat tambah-tambah di pejabat berhawa dingin. Sabar je lah dengan orang macam ni. 4. Suka-suka hati ubah suhu penghawa dingin Ada juga rakan sekerja yang suka hati mengubah suhu penghawa dingin tanpa meminta kebenaran dan persetujuan rakan pejabat lain. Penting diri sangat ni tau. Bila dah ubah tu, kadang-kadang terlampau sejuk, malah ada pula macam tak pasang langsung. 5. Rakan pejabat suka mengintai Ada pula yang jenis suka mengintai apa yang kita buat di meja sebelah. Walaupun tak buat perkara bukan-bukan selain main Facebook (ehem, ini juga dilarang waktu bekerja ya!), tak eloklah untuk kita menyibuk hal orang lain. JANGAN 'KEPOHCI'!! 6. Bila waktu ke bilik air merupakan saat paling tenang dan waktu bersendirian Eh, jangan salah anggap pula bila rakan pejabat anda berada lama di tandas. Mungkin itu sahaja masa yang dia ada untuk berasa tenang daripada menghadap muka anda selama lapan jam di pejabat. EH? 7. Dah sakit tahap nazak masih nak datang pejabat Dah tahu sakit, penyakit berjangkit pula tu seperti selesema, batuk dan demam, usahlah datang ke pejabat. Sebab ianya berjangkit, tak pasal-pasal semua rakan pejabat terkena jangkitan penyakit tu. Rehat sajalah di rumah, okey? Ha, amacam? Pernah hadapi tak situasi macam ni? Kalau tak pernah, mungkin anda yang sebenarnya buat perangai menjengkelkan ini. Kongsikan pengalaman anda di pejabat yang boleh dianggap 'annoying' dan menyampah! - CARI |
LostStar replied at 3-7-2019 11:42 AM
daku p.a, masalah daku org dtg sini pinjam pen bile jmp bos, lepastu terus balik ke department dorg. ...
ahlisihircute replied at 3-7-2019 12:05 PM
Yg nie mmg betol ...pen mmg selalu hilang....klu letak duit n pen atas meja...pen confirm hilang.. ...
LostStar replied at 3-7-2019 12:32 PM
hah kan.. antara duit dan pen.. pen tu mcm hantu..buh la nama kat pen tu sekalipun.. tetap lesap.. ...
makkenits replied at 3-7-2019 12:44 PM
kalo pompuan, blh la buat mcm anak buah aku buat kat ofis tu.. dia guna pen yg ada hiasan bulu or ...
ADVERTISEMENT