Penyanyi To'ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur ditikam dan diserang penyamun di Taman Daya, Kepong, kelmarin. Menurut Sinar Harian, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang selepas membeli perkakas melukis di Selayang. Menurut To'Ki, ketika itu dia bersendirian menunggang motosikal sebelum ditahan tiga lelaki menaiki motosikal di selekoh. "Mereka cuba menghimpit saya ke tepi jalan sebelum menahan saya. "Kemudian, salah seorang lelaki terbabit mengugut supaya saya menyerahkan wang dan barang berharga," katanya dipetik Sinar Harian. Penyanyi Selumbar itu berkata, salah seorang daripada mereka bertindak agresif dan menikam tangan kirinya. "Saya terus rebah sebelum dibantu orang awam yang membawa saya ke HKL," katanya. Menurut laporan, To'ki mendakwa kesihatannya bertambah baik selepas menjalani pembedahan dan rawatan. Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Freddie Fernandez dilaporkan menziarahi To'ki kerana ingin melihat keadaan penyanyi berkenaan dengan lebih dekat. "Nasib dia (To'ki) tidak baik, namun syukur dia selamat dibedah. Semoga dia cepat sembuh serta kembali aktif kerana buat masa ini dia terlibat dalam persembahan mingguan di beberapa tempat. "Saya harap kerjaya seninya disambung. Sekiranya kita boleh bantu, kita akan laksanakan. Kita akan pantau dari segi pemulihan kesihatan dan kerjayanya," kata Freddie. Semoga cepat sembuh To'Ki. Harap-harap, tiga lelaki terbabit menerima balasan setimpal di atas perbuatan mereka. - CARI
|
putehkundor replied at 10-6-2019 03:18 PM
ala...tok ti ni pun bukan ke perangai macam penyamun, taik dadah lagi...
putehkundor replied at 10-6-2019 03:18 PM
ala...tok ti ni pun bukan ke perangai macam penyamun, taik dadah lagi...
ADVERTISEMENT