Bulan Syawal ini memang meriah kerana disambut dengan keluarga tercinta dan rakan taulan. Kunjung-berkunjung ke rumah saudara dekat mahupun yang jauh bagi mengeratkan lagi hubungan sedia ada.
Kalau yang dapat cuti lama, memang seronoklah tetapi agak sedih kalau terpaksa berkerja semasa hari raya. Seorang pengguna Twitter ini telah bertindak memberikan duit raya kepada mereka yang bekerja di barisan hadapan iaitu mereka yang bertungkus-lumus melayan kerenah manusia pada hari raya. Dapat dilihat dari wajah pekerja Starbucks yang kelihatan lesu itu tersenyum gembira apabila dihulurkan duit raya. Kejadian ini dikatakan berlaku di Starbucks cawangan Menara Maybank. Menerusi tweet ini, ramai pengguna turut berkongsi kisah mereka memberi duit raya kepada orang lain yang terpaksa bekerja di hari raya. Rata-rata netizen yang membaca perkongsian ini terharu dengan sikap mereka yang tidak lokek menghulurkan duit raya kepada individu tidak dikenali. Lebih manis apabila mereka berjaya membuat para pekerja yang keletihan tersenyum dengan perbuatan baik mereka itu. Apa salahnya hulurkan sedikit duit raya walaupun pada orang yang tidak dikenali kerana di dalam rezeki kita juga terdapat rezeki orang lain. - CARI
|
matchstick replied at 10-6-2019 06:28 PM
Bagi kt pencuci tandas di r&r pun bagus juga.. Penat diorg musim org ramai balik kmpg ni
tikusmontok replied at 11-6-2019 09:21 AM
perkara baik begini elok disebarkan. jadi contoh buat org lain utk menbh pahala.
ADVERTISEMENT