Malaysia akan menghantar semula 450 tan metrik sampah plastik yang diimport secara haram dari negara-negara luar seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan China. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Merubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin berkata mereka yang membawa sisa sampah plastik ke dalam negara ini adalah pengkhianat negara.
Meskipun Malaysia adalah sebuah negara yang kecil, Yeo beranggapan Malaysia tidak patut dibuli oleh negara maju yang lain dan ini adalah sangat tidak adil buat negara membangun dan kecil seperti Malaysia. "Kami telah kenal pasti sebuah syarikat dari UK yang menghantar sampah secara haram ke negara ini dan mereka bertanggungjawab terhadap 1000 kontena yang bersamaan dengan 50, 000 tan metrik sampah", kata Yeo Bee Yin. Usaha ini bertujuan untuk mengelakkan Malaysia daripada dibuli oleh negara maju dan untuk menjaga ekosistem negara. Syabas buat YB Yeo Bee Yin! -CARI
|
Malaysia.Doom replied at 3-6-2019 09:52 AM
Sesuai la dengan status Third World Country tu....bukan pasal Negara kecik besar, gemok, pendek ke a ...
pyropura replied at 3-6-2019 09:57 AM
Hasil prestasi Umno selama 60 tahun - maasih maintain status third world sampai millenium. Dan bi ...
ADVERTISEMENT