|
Siapa yang tidak mengenali penceramah popular Ustaz Ebit Lew, yang sentiasa turun padang untuk membantu golongan gelandangan, dan anak-anak jalanan.
Baru-baru ini Ustaz ada memuat naik video di instagram beliau. Video itu menyaksikan dia memberikan nasihat kepada golongan transgender di dalam sebuah bilik. "Menangis selepas jumpa mereka. Tak berhenti mereka cakap terima kasih datang. Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat. Itu paling buat saya sebak dihati. Sebak menangis bila dapat jumpa saudara yang baik yang diuji dalam kehidupan," tulisnya
"Ada seorang kakak ni dah lama kerja ini. Suami dah takde. Dari 13 tahun. Sampai sekarang kerja lorong. Anak 3 orang belajar Mesir. Bila anak minta duit dia bagi dan anaknya tak tahu kerja maknya. Dia seorang diri besarkan anaknya. Saya doakannya dapat keluar dari kerja semua ini dan anaknya dapat bantu ibunya. Sedih menangis kakak tu." "Ada seorang ni mula kerja lorong dari umur 11 tahun lagi. Untuk sara dan bantu keluarga adik beradik. Sehinggalah hari ini. Menangis saya dengar. Ada dari 14 tahun dan 15 tahun. Saya peluk transgender maknyah mereka terharu sebak. Tak peluk wanita " tulisnya lagi Selepas memuat naik video tersebut, rata-rata netizen memberikan pendapatan yang berbeza. Ada yang memuji usaha dakwah Ustaz Ebit Lew ingin mendekati golongan lorong. Ada juga yang menghina golongan transgender ini.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|