CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas Cabaran Momo, 'Game Of Death' Galak Remaja Cekik Kawan

30-5-2019 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2354| Komen: 9

Selepas tular cabaran Momo yang menggalakkan kanak-kanak membunuh diri, terbaru ibu bapa diberi amaran mengenai cabaran baru yang menggalakkan remaja mencekik leher rakan dikenali sebagai "Game of Death".




Prank berkenaan kebiasaannya membabitkan tiga orang iaitu 'pelaku' dan 'mangsa' serta seorang yang merakam cabaran itu dilakukan sebelum memuat naik video berkenaan ke laman sosial.

Rakaman terbaru dilaporkan berlaku di Granada, Sepanyol, di mana seorang remaja lelaki dilihat rebah dalam keadaan kejang dan separuh sedar.


Foto: Mirror/Twitter/Police_Granada

Susulan itu, polis Granada memberi amaran tentang bahaya permainan terbabit yang boleh menyebabkan sawan dan cacat otak hingga boleh membawa maut.


Difahamkan, anggota kemudian dikerahkan ke sekolah berkenaan di mana kejadian itu dirakam bagi memberi amaran kepada pelajar lain. Polis juga memberi amaran kepada semua sekolah di sekitar Granada mengenai trend membimbangkan itu.

Dipercayai, mereka yang terbabit dalam permainan itu berusia lingkungan usia 14 atau 15 tahun.



Berikutan itu, ibu bapa diminta memantau telefon pintar anak masing-masing dan memaklumkan kepada polis sekiranya mereka terbabit dengan cabaran berkenaan. - CARI
1

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SWORKS27 30-5-2019 01:56 PM
budak2 wicat je yg bodo senang tepengaruh nih
Quote bawangkecik 30-5-2019 02:08 PM
sejenis bodoh alaf baru
Quote vipelf91 30-5-2019 02:31 PM
takde keja ke main cekik-cekik pulak
Quote mawar_mustika 30-5-2019 03:05 PM
ape ke hel nye bdk zmn skrg..pelik2
Quote mamakylekelvin 30-5-2019 04:50 PM
Nasib anak2 x ada gajet
Quote mmett 2-6-2019 09:57 AM
Jangan la jadi bodoh ikut dak momo ni
Quote chinta89 2-6-2019 12:58 PM
ape benda la benda2 bodo nk tiru!
Quote fizamn 2-6-2019 03:26 PM
terus ke jenayah instead being minor..
Quote MissVixen 2-6-2019 03:31 PM
Wabak dah takde nak kontrol populasi manusia. Biarlah kebodohan pula jadi pembunuh mereka ni. Sama je jenis yang telan tide pods.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.034621 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top