Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor menjelaskan bahawa orang bukan Islam yang mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf hukumnya adalah harus mengikut sudut fekah.
"Ini hanya yang berkaitan dengan mu'amalat dan ibadat Maliyah seperti zakat, nazar dan kaffarah. “Ibadat yang berbentuk fizikal (ibadat badaniyah) seperti solat dan puasa, tidak harus diwakilkan kepada orang lain," katanya. Menurut BERNAMA, beliau menjelaskan perkara itu selepas tular gambar beberapa wakil rakyat bukan Islam di Pulau Pinang mengagihkan zakat kepada golongan asnaf. Tambahnya, Zakat Pulau Pinang (ZPP) menyalurkan zakat menerusi pelbagai pihak termasuk wakil rakyat bukan Islam.
"Asal tidak diselewengkan, pada pandangan saya, tidak perlu dijadikan isu. Sebagai mufti saya ingin menyeru umat Islam supaya tidak membesarkan perkara remeh temeh seperti ini," ujarnya. - CARI
|
white_musk replied at 30-5-2019 07:13 AM
Lucu sungguh. Hukum di negara ini berubah ubah. Bila nak ubah hukum lain pula?
lemak_masin replied at 30-5-2019 07:16 AM
Patutnye cakap pada orang yang campur urusan agama orang lain tu.
Tak perlu nak remeh temeh campu ...
dodolgemok replied at 30-5-2019 08:05 AM
Sejak bila berubah? Kau jah yg jodoh xtau hukum sebenar sbb sebelum ni ikut hukum ugama Melayu jah ...
glump replied at 30-5-2019 08:28 AM
Bg hukum harus,tak mau dipanjangkan,isu campurtangan yg di katakan..wahai asnaf,ini adalah sumbangan ...
harisbee replied at 30-5-2019 11:08 AM
Ia tidak menjadi zakat tp jd sedekah..sedangkan yg byr zakat niat berzakat..caner tu
anakkerengga replied at 30-5-2019 11:56 AM
Org yg bertanggungjwb utk mengutip, mengurus dan mengagihkan zakat ialah amil. Syarat utk menjadi am ...
ADVERTISEMENT