Sepasang suami isteri keracunan makanan selepas makan ayam pedas yang dibeli di sebuah bazar Ramadan Pasar Gok Kapur, Kota Bharu pada Isnin. Syaherah Mustafa, 27, dan Ahmad Fikri Mohamad, 29, dilaporkan Sinar Harian mengalami muntah-muntah dan cirit-birit sejak makan ayam pedas berkenaan.
Menurut wartawan sambilan sebuah agensi berita itu, dia singgah ke bazar berkenaan pada petang Isnin bersama rakannya yang turut membeli lauk lain dari gerai sama. Katanya yang percaya keracunan berpunca dari gerai berkenaan, rakannya turut mengalami gejala sama, namun tidak seteruk dialami pasangan terbabit. "Saya beli dua ketul ayam dan semasa hendak berbuka saya baru perasaan, salah satunya sudah kebiruaan.
“Saya cubit sedikit isi ayam tersebut, tapi setelah memakannya saya meludahkannya semula kerana bau dan rasa yang busuk, suami juga melakukan perkara sama. “Tidak lama lepas itu, saya dan suami mula berulang alik ke tandas sehingga tidak dapat tidur dan saya yang paling teruk terjejas sehingga terpaksa mengambil cuti sakit sejak semalam,” katanya. Berikutan keadaannya yang semakin lemah dan tidak bertambah baik, mereka mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan Pasir Mas pada petang semalam. Dalam masa sama, Syaherah berharap agar gerai berkenaan dikenakan tindakan bagi memberi pengajaran kepada peniaga lain. - CARI
|
missinpiece replied at 30-5-2019 01:01 PM
Pernah terkena makan nasi kerabu param. Lepas berbuka muntah2 ceri beri sampai xde apa keluar. Pakej ...
TravellingBear replied at 30-5-2019 01:15 PM
Harus slim uols kalau sakit camni.... abes la baju raya yg tempah terbesor jgn masuk twitter salah ...
missinpiece replied at 30-5-2019 01:01 PM
Pernah terkena makan nasi kerabu param. Lepas berbuka muntah2 ceri beri sampai xde apa keluar. Pakej ...
haryatie replied at 30-5-2019 01:57 PM
takut nya..sepjg posa ni baru sekali gi bazaar ramadhan kt pekan sg. besi
x suka sbb terlalu ramai ...
ADVERTISEMENT