Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi hari lebaran bakal menjelma. Sudah pasti kebanyakan daripada anda hampir selesai menyediakan persiapan raya seperti baju raya, kuih raya dan sebagainya. Pasti tak sabar kan? Masa hari raya lah boleh pakai baju cantik-cantik dan melawa di hadapan saudara mara. Tak sabar!
Namun, setiap tahun pasti ada saja tragedi yang tidak diingini seperti baju tak siap, tak sempat beli dan sebagainya. Begitulah yang terjadi kepada sebuah keluarga ini apabila baju yang ditempah di sebuah butik di Klang ternyata menghampakan. Ieda Sani,28, dan pasangan beliau Mohd Shafiq,34, telah merancang untuk menggayakan baju berwarna kuning dan ingin sedondon bersama lagi tiga anaknya. 7 pasang baju telah ditempah sejak lima bulan lalu dikatakan telah beberapa kali di'tangguh'kan pembuatannya oleh tukang jahit terbabit. "Hampir lima bulan hantar, tukang jahit banyak kali tangguh, banyak bagi alasan", ujar Shafiq yang ternyata berang dengan kejadian itu. Beliau dan isteri terkejut melihat hasil jahitan yang datang dari kedai bertaraf butik tersebut dan kesemua baju yang dijahit rosak dan tidak boleh dipakai. "Lubang kepala sempit, baju singkat, seluar senteng dan kain tidak cukup merupakan hasil baju yang ditempah daripada pengusaha butik terbabit", katanya lagi. Dia dan isteri telah menempah baju kurung sebanyak 6 helai dan 1 baju melayu berasa sangat kecewa dan serik dengan peristiwa tersebut. Ketika beliau datang ke butik untuk mengambil pakaian, pengusaha tersebut enggan membuka pintu malah tidak muncul dan hanya pekerja butik tersebut yang menyerahkan baju kepadanya dan beberapa pelanngan lain yang juga hadir untuk menuntut baju yang ditempah. "Tunjuk muka pun tak nak", katanya lagi. Shafiq berkata beliau telah menanggung kerugian hampir RM600 termasuk kos membeli kain dan deposit sebanyak RM200 telah dibayar kepada pengusaha butik tersebut. Dia ketika ditemui berkata dirinya enggan membayar baki duit upah setelah melihat hasil jahitan yang punah dan hancur itu. Sebagai alternatif, Shafiq dan isteri terpaksa membelanjakan duit lain untuk membeli baju raya baru sempena lebaran ini. Setelah post beliau tular di media sosial, rupa-rupanya sudah ramai yang terkena dengan pengusaha butik tersebut. Ramai pengguna menceritakan perkara yang sama ditipu oleh tukang jahit tersebut. Setelah itu, pengusaha tersebut telah menyahaktifkan akaun Facebook miliknya setelah tular. -CARI
|
milanhawkin replied at 30-5-2019 12:23 PM
ntahnyer... napa xnk reveal nama butik? so that biar org lain pun kena jugak ke cane ni?
mdhelmi replied at 30-5-2019 02:41 PM
cite pasal ni aku teringat panggilan hangit ni
ADVERTISEMENT