Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi hari lebaran bakal menjelma. Sudah pasti kebanyakan daripada anda hampir selesai menyediakan persiapan raya seperti baju raya, kuih raya dan sebagainya. Pasti tak sabar kan? Masa hari raya lah boleh pakai baju cantik-cantik dan melawa di hadapan saudara mara. Tak sabar!
Namun, setiap tahun pasti ada saja tragedi yang tidak diingini seperti baju tak siap, tak sempat beli dan sebagainya. Begitulah yang terjadi kepada sebuah keluarga ini apabila baju yang ditempah di sebuah butik di Klang ternyata menghampakan. Ieda Sani,28, dan pasangan beliau Mohd Shafiq,34, telah merancang untuk menggayakan baju berwarna kuning dan ingin sedondon bersama lagi tiga anaknya. 7 pasang baju telah ditempah sejak lima bulan lalu dikatakan telah beberapa kali di'tangguh'kan pembuatannya oleh tukang jahit terbabit.
"Hampir lima bulan hantar, tukang jahit banyak kali tangguh, banyak bagi alasan", ujar Shafiq yang ternyata berang dengan kejadian itu.
Beliau dan isteri terkejut melihat hasil jahitan yang datang dari kedai bertaraf butik tersebut dan kesemua baju yang dijahit rosak dan tidak boleh dipakai. "Lubang kepala sempit, baju singkat, seluar senteng dan kain tidak cukup merupakan hasil baju yang ditempah daripada pengusaha butik terbabit", katanya lagi. Dia dan isteri telah menempah baju kurung sebanyak 6 helai dan 1 baju melayu berasa sangat kecewa dan serik dengan peristiwa tersebut.
Ketika beliau datang ke butik untuk mengambil pakaian, pengusaha tersebut enggan membuka pintu malah tidak muncul dan hanya pekerja butik tersebut yang menyerahkan baju kepadanya dan beberapa pelanngan lain yang juga hadir untuk menuntut baju yang ditempah. "Tunjuk muka pun tak nak", katanya lagi.
Shafiq berkata beliau telah menanggung kerugian hampir RM600 termasuk kos membeli kain dan deposit sebanyak RM200 telah dibayar kepada pengusaha butik tersebut. Dia ketika ditemui berkata dirinya enggan membayar baki duit upah setelah melihat hasil jahitan yang punah dan hancur itu. Sebagai alternatif, Shafiq dan isteri terpaksa membelanjakan duit lain untuk membeli baju raya baru sempena lebaran ini.
Setelah post beliau tular di media sosial, rupa-rupanya sudah ramai yang terkena dengan pengusaha butik tersebut. Ramai pengguna menceritakan perkara yang sama ditipu oleh tukang jahit tersebut. Setelah itu, pengusaha tersebut telah menyahaktifkan akaun Facebook miliknya setelah tular. -CARI
ni la salah satu sbb iols tak suka tempah baju.. rela beli baju size besar (kalau xde size iols) sbb atleast bila try tu dah boleh nmpak dah rupe baju tu.. kalau tempah ni kite imagine lain, dpt ke tailor jd lain.. tp kalau org yg susah carik size tu atau nak sedondon semuanya terpaksa la tempah kan..
iols pernah hntr baju kain sari dari india..cantik sari tu iols simpan bertahun jugak sebelum decide nak hntr jahit kat tailor yg biasa family iols hntr.. dia jahit cantik and harga pun okay..
tapi nak dijadikan cerita masa iols hntr baju tu, akak tailor tu baru berjinak2 bukak bisnes jual blouse di pasar malam, habis dia copek kain sari i buat blouse.. kain 6 meter i bagi dia ckp tak cukup.. padahal iols 4 meter je selalunya..
kisahnye sebelum sebelum iols hntr, mak iols dah hntr dulu kain sari dia (pun dari india and lg mahal and cantik), mak iols mintak kain lebih tu sbb nak buat baju cucu, tailor kata takde lebih.. so mak iols sejenis redho dan diam je.. masa iols nak hntr baju iols, ternampak kain lebihan baju mak iols tu di dalam kedai tailor tu.. iols diam je sbb malas nak bergaduh even terang2 dia tipu mak iols.. tp bila kantoi baju iols pun dia guna taktik yg sama, iols call dia ckp jgn nak bodoh2 kan org. sejak tu iols tak hntr lg kat dia.
Post time 30-5-2019 10:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sukurrr akak punya songket thn ni jadik, biasanya beli rtw, thn gian nk tempah..tempah pon mmg kt tailor yg dh knl, cuma kena push jgk..dh bbrp kali postpone.. Hr ni baru siap.. Sukurrrr