Setiap tahun, pasti ada gaya terkini yang menjadi pilihan ramai untuk digayakan semasa menyambut hari lebaran. Jika sebelum ini tular trend melukis tompok jeragat ‘freckles’, melukis bentuk bulu kening secara melampau dikenali gaya Mc D dan membentuk bibir mugil dengan menekap gelas, bagaimana pula dengan trend bulu hidung ini?
Sebelum ini, kita biasa mendengar sambungan pada bulu mata. Namun, baru-baru ini trend menyambung bulu hidung menjadi popular pula. Ia bermula apabila instafamous @gret_chen_chen menggunakan sambungan bulu mata palsu dan meletakkannya pada lubang hidung. Trend ini berkemungkinan akan menjadi trend solekan paling janggal pernah terjadi kerana ianya kini menjadi ikutan apabila lebih ramai kaum wanita berkongsi gambar mereka dengan hashtag #nosehairextensions.
Hashtag tersebut telah digunakan melebihi 400 kali di Instagram dan nampaknya, lebih ramai berkongsi gambar dan video mereka dalam cubaan untuk kelihatan pelik. Walau bagaimanapun, anda haruslah berfikir sebaiknya sebelum gamkan bulu hidung palsu ini kerana anda mungkin tergamkan sekali dengan bulu hidung asli. Perbuatan ini sebenarnya boleh mengundang bahaya dan akan mengganggu tugas 'rasmi' bulu hidung yang selama ini memerangkap habuk dan bakteria. Jangan sampai bulu hidung ekstra ini terjatuh masuk dalam rendang pula, sudahlah ya? - CARI |
ADVERTISEMENT