Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh dihadapkan ke mahkamah sekiranya gagal menyelesaikan aduan orang ramai berhubung bil elektrik terkini mereka yang tiba-tiba naik mendadak. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, langkah itu adalah pilihan terakhir yang boleh diambil oleh Suruhanjaya Tenaga sekiranya syarikat utiliti nasional tersebut tidak memberi layanan yang adil kepada pelanggan-pelanggan terbabit. Beliau menyarankan agar orang ramai yang berdepan masalah itu menyalurkan aduan mereka kepada cawangan-cawangan TNB yang berdekatan terlebih dahulu. "Yang penting, pengguna-pengguna pergi ke TNB, kalau tak dapat, datang ke Suruhanjaya Tenaga untuk membuat aduan.
"Kita akan memastikan semua orang didengari dan untuk saya, TNB perlulah bertanggungjawab," katanya seperti dipetik daripada rakaman video sidang media yang disiarkan dalam laman Facebook beliau pada 28 Mei. Baru-baru ini, ramai pelanggan TNB di seluruh negara berang apabila mendapati caj penggunaan elektrik mereka dalam bil elektrik terkini meningkat berlipat ganda berbanding bulan-bulan sebelumnya. Bee Yin menambah, ST diberi masa 14 hari untuk menyiasat isu tersebut dan setakat ini, pihaknya tidak berpuas hati dengan penjelasan TNB bahawa kenaikan itu adalah berpunca daripada tempoh bil selama 38 hari. Beliau turut menjelaskan, kenaikan caj penggunaan elektrik tiada kaitan dengan kenaikan tarif elektrik atau pemasangan meter pintar. Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Suruhanjaya Tenaga mengesahkan terdapat kecuaian teknikal dalam isu bil elektrik melambung tinggi. Harap TNB mengambil pengajaran dari isu ini agar tidak lagi timbul masalah yang menyusahkan pelanggan-pelanggannya pada masa hadapan. - CARI |
zorrro_03 replied at 29-5-2019 04:38 PM
heret ke mahkamah kononnnn.... test urin pun dekat setahun tak siap2. tu satu kes je... tnb ni be ...
CiliPadiSedap replied at 29-5-2019 02:59 PM
Hurm pelik cmne kenaikan tidak di sedari. Mungkin ni salah 1mdb salah atlantuya, salah lava, salah s ...
lostnfaun replied at 30-5-2019 03:46 AM
Harap saham TNB tak jatuh merundum mcm saham TM...
ADVERTISEMENT