Seorang ibu tunggal nyaris mati kerana dibelit ular sawa batik sepanjang 6 meter! Kejadian yang berlaku di Baling Kedah itu menyaksikan ular sawa seberat 30KG membelit mangsa ketika di dapur.
Semasa kejadian itu, anak-anak mangsa yang berada di dangau depan bergegas ke dapur apabila dengar ibu mereka menjerit dengan kuat. Mereka telah cuba tarik ekor ular tu untuk lepaskan ibu mereka, tapi gagal. Akhirnya, mangsa terlepas daripada belitan itu selepas jiran-jiran datang membantu dengan menetak haiwan itu menggunakan parang. Mangsa telah dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut. Kata Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Baling, kawasan rumah mangsa yang berdekatan dengan paya antara faktor ular sawa itu masuk ke dalam rumah.
Tidak kiralah di mana anda berada, kita mesti sentiasa berhati-hati dan jaga diri. Diharapkan mangsa cepat sembuh dan dapat sambut Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi dengan sihat. -CARI |
Maideen. replied at 1-6-2019 07:59 PM
Salam 10 hari terakhir Ramdon semua,
Bila membaca kisah ular ini Maideen rasa terpanggil untuk be ...
Maideen. replied at 1-6-2019 09:24 PM
Orang kata ular sawa memang kuat membelit.....
Wallahualam.
Maideen. replied at 1-6-2019 09:37 PM
Apa apa pon kita bersyukor ibu tunggal itu selamat....
Terima kasih abam bomba.....{: ...
Maideen. replied at 1-6-2019 10:12 PM
Jika tidak kerana kecekapan abam bomba, tak tahu lah apa yang terjadi......
ADVERTISEMENT