"Biar betul, bro!" Itu ayat yang tepat bagi menggambarkan reaksi sebahagian besar peminat bola sepak tanah air sebaik sahaja mendengar ura-ura juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City untuk membeli sebuah kelab bola sepak di Malaysia. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester City, Ferran Soriano di Menara KBS, baru-baru ini. Memetik laporan Bernama pada 23 Mei, langkah itu merupakan antara perkara yang dibincangkan bagi membangunkan sukan bola sepak di negara ini. Sudah tentu pengumuman Syed Saddiq itu mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen, malah ada yang membuat spekulasi berhubung kelab manakah yang bakal dibeli Manchester City. Ramai juga yang menyatakan bahawa mereka tidak mempercayai pengumuman itu dan mengaitkannya dengan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyediakan siaran Liga Perdana Inggeris secara percuma seperti yang dijanjikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14. Salah sebuah kelab yang baru beraksi dalam Liga Super 2019, PJ City FC menerima bimbingan daripada Manchester City mulai musim ini namun tidak dapat dipastikan sama ada ia bakal disunting oleh gergasi Liga Perdana Inggeris itu. Soriano juga tidak menyatakan kelab manakah yang akan dibeli oleh Manchester City. |
HannahMontana replied at 24-5-2019 06:05 PM
Bodoh lah ko saddiq
mak ko bodoh
HannahMontana replied at 24-5-2019 06:05 PM
Bodoh lah ko saddiq
mak ko bodoh
TravellingBear replied at 25-5-2019 10:02 AM
Sejak bila nak maki libatkan mak jangkit spammer sorang tu jgn jgn ngko spammer tu double life : ...
HannahMontana replied at 25-5-2019 10:04 AM
Sebab dia kata mak dia pakar rujuk dia. Mak dia terlibat sama lah.
TravellingBear replied at 25-5-2019 10:07 AM
Aku tak jumpa mana dia kata yg dia refer mak dia. Mak dia siapa? Aku tak kenal lahhhh ...Bekas s ...
ADVERTISEMENT