Manchester City mengungguli Liga Perdana Inggeris musim ini. Kredit foto: Facebook
"Biar betul, bro!" Itu ayat yang tepat bagi menggambarkan reaksi sebahagian besar peminat bola sepak tanah air sebaik sahaja mendengar ura-ura juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City untuk membeli sebuah kelab bola sepak di Malaysia.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester City, Ferran Soriano di Menara KBS, baru-baru ini.
Memetik laporan Bernama pada 23 Mei, langkah itu merupakan antara perkara yang dibincangkan bagi membangunkan sukan bola sepak di negara ini.
Syed Saddiq menerima jersi Manchester City yang memaparkan namanya daripada Soriano. Kredit foto: Facebook
Sudah tentu pengumuman Syed Saddiq itu mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen, malah ada yang membuat spekulasi berhubung kelab manakah yang bakal dibeli Manchester City.
Kredit foto: Facebook
Ramai juga yang menyatakan bahawa mereka tidak mempercayai pengumuman itu dan mengaitkannya dengan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyediakan siaran Liga Perdana Inggeris secara percuma seperti yang dijanjikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14.
Kredit foto: Facebook
Salah sebuah kelab yang baru beraksi dalam Liga Super 2019, PJ City FC menerima bimbingan daripada Manchester City mulai musim ini namun tidak dapat dipastikan sama ada ia bakal disunting oleh gergasi Liga Perdana Inggeris itu.
Soriano juga tidak menyatakan kelab manakah yang akan dibeli oleh Manchester City.
Kredit foto: FAM
Bagus juga kalau cadangan itu menjadi kenyataan kerana ia boleh merancakkan lagi pembangunan bola sepak di Malaysia agar kembali gah di pentas antarabangsa setelah mengalami zaman kemerosotan sejak sekian lama. -CARI
|