CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Objek Seperti Mangkuk Merah Terapung Di Langit Phuket

24-5-2019 11:41 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7419| Komen: 25|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Imej UFO yang dirakamkan oleh Daren Blakely di Phuket, Thailand. Kredit foto:  Kennedy News Media


Seorang pelancong yang berasal dari New Zealand mendakwa dia telah merakam video objek terbang yang tidak dikenal pasti (UFO) ketika bercuti di Laguna, Phuket, Thailand pada 22 April lalu.

Memetik laporan Mirror pada 15 Mei, Daren Blakeley, 53, video dengan durasi 54 saat itu menunjukkan objek yang kelihatan seperti mangkuk berwarna merah terawang-awang di udara.

Objek aneh seperti gumpalan awan yang terawang-awang di langit menyebabkan orang ramai di lokasi kejadian kehairanan. Kredit foto: Kennedy News Media

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kehairanan apabila melihat kilat memancar dalam kepulan objek tersebut sedangkan cuaca tidak menunjukkan tanda-tanda akan hujan.

Video yang dirakamkan Blakeley telah dilihat lebih 1.7 juta kali dalam media sosial dan dikongsi lebih 37,000 kali.


Malah, ada netizen yang mengaitkan kejadian itu dengan babak dalam filem Avengers: Endgame.

Blakeley yang bekerja sebagai jurulatih kecergasan dalam talian di Singapura yakin apa yang dilihatnya itu adalah UFO.

"Semua orang terpukau dengan apa yang mereka lihat, tiada siapa pun yang bercakap, mereka berasa kagum," jelasnya.

Dia juga gembira apabila mengetahui video yang dirakamkannya itu kini tular dalam media sosial.

Memang ramai orang mendakwa telah melihat UFO namun sehingga kini, kewujudannya masih belum dapat dibuktikan. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 24-5-2019 11:47 AM
berlaku di bulan ramadhan???

sah...ini lailatul kadar....benar janji Allah...
Quote chicozinn 24-5-2019 12:05 PM
penah dengar kiamat bakal berlaku dalam bulan ramadhan..xingat dengar kat mana..

#donemodsetajah
Quote M5 24-5-2019 12:10 PM
Simunggu replied at 24-5-2019 11:47 AM
berlaku di bulan ramadhan???

sah...ini lailatul kadar....benar janji Allah...

Quote Artemesiaa 24-5-2019 12:13 PM
Katanya berlaku 22 April lalu belum masuk bulam ramadhan lagi masih syaaban
Quote TalibanRock 24-5-2019 12:16 PM
Artemesiaa replied at 24-5-2019 12:13 PM
Katanya berlaku 22 April lalu belum masuk bulam ramadhan lagi masih syaaban

sejenis malas membaca smpai habes suka baca skip2...pastu tetiba lailatul qadar..hakhak
Quote LadyCarefree 24-5-2019 12:23 PM
TalibanRock: sejenis malas membaca smpai habes suka baca skip2...pastu tetiba lailatul qadar..hakhak



Kehlehkehkeh
Quote AbukRokok 24-5-2019 12:28 PM
dah tgk...Fake...mungkin imbasan cahaya reflection cermin kereta
Quote sub5zero 24-5-2019 12:28 PM
Simunggu replied at 24-5-2019 11:47 AM
berlaku di bulan ramadhan???

sah...ini lailatul kadar....benar janji Allah...

Apabila sidunggu baca cerita x habis, gini la jadinya
Quote nononcrux 24-5-2019 12:59 PM
apa penghujungnya.. hilang mcm tu je ke atau ade kesan sampingan.. hmmm
Quote whadda 24-5-2019 01:26 PM
berapa kali nak keluar berita ni
Quote Simunggu 24-5-2019 01:56 PM
sub5zero replied at 24-5-2019 12:28 PM
Apabila sidunggu baca cerita x habis, gini la jadinya

semua benda ganjil berlaku pada malam bulan ramadhan terutama dilangit atau berkaitan cuaca adalah petanda lailatul kadar...kamu tak percaya ya??? kasian kamu...
Quote Simunggu 24-5-2019 01:56 PM

jangan ketawa berdosa kamu

Quote zulka 24-5-2019 03:17 PM
Simunggu replied at 24-5-2019 11:47 AM
berlaku di bulan ramadhan???

sah...ini lailatul kadar....benar janji Allah...

22 april tu ramadhan ke?
Quote abangadek 24-5-2019 03:26 PM
kalua bab ufo ni iols skip je.. ngarut
Quote Mfzg89 27-5-2019 12:08 PM
Edited by Mfzg89 at 27-5-2019 12:12 PM

aku rasa dewa2 kat langit tgh lawan beyblade dlm mangkuk tu la..
Quote Vokuro 27-5-2019 04:34 PM
teringin nak tengok UFO
Quote lonelymd 27-5-2019 04:35 PM
Mcm awan jah
Quote Ali_x 27-5-2019 10:00 PM
Its coming...
Quote HannahMontana 27-5-2019 10:22 PM
tu pungkoq sajat  ,mangkuk hayun

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.033069 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top