CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Mudah Je! Resipi Biskut Cornflakes Susu Tanpa Oven. Jom Buat Untuk Raya

24-5-2019 11:55 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 5920| Komen: 14|Original author: Oleh: SakuraJo

Description: Diam tak diam kita sudah pun memasuki 18 Ramadan dan sudah pastinya ramai yang mula membuat persiapan untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang disamping mengejar amal ibadah pada bulan yang muli ...
Diam tak diam kita sudah pun memasuki 19 Ramadan dan sudah pastinya ramai yang mula membuat persiapan untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang disamping mengejar amal ibadah pada bulan yang mulia ini. 



Pastinya ramai yang bercadang mahu menempah, membeli atau membuat sendiri biskut raya sebagai hidangan untuk para tetamu kelak. Tidak dinafikan masih ramai yang tidak mahir dan takut untuk menyediakan biskut sendiri kerana khuatir tidak menjadi. 

Namun, menerusi laman Sirap Limau, kami kongsikan resepi yang cukup mudah yang tidak perlu dibakar menggunakan oven.

Resipi ini sangat mudah dan pasti menjadi. Jom sama-sama lihat resepi biskut ini.


Bahan-bahan :

1) 4 cawan tepung gandum
2) 1 cawan + 1 sudu besar minyak sapi
3) 1 cawan gula kastor
4) 2 cawan cornflakes yang di ramas kasar
5) Susu tepung secukupnya sebagai salutan biskut

Cara-caranya:

1. Cairkan minyak sapi menggunakan periuk atau kuali.

Kredit foto : Sirap Limau

2. Dengan menggunakan kuali yang lain, sangai tepung gandum tanpa minyak sehingga ringan selama lebih kurang 5 minit.

Kredit foto : Sirap Limau

3. Kemudian, masukkan gula kastor dan cornflakes di dalam tepung tadi dan gaul sehingga sebati. 

Kredit foto : Sirap Limau

4. Setelah adunan tepung sebati, masukkan minyak sapi yang telah dicairkan tadi. 

Kredit foto : Sirap Limau
Gaul sehingga sebati.
Kredit foto : Sirap Limau
5. Bentukkan adunan menjadi bulat dan salut dengan tepung susu.

Kredit foto : Sirap Limau

6. Dah siap! 

Kredit foto : Sirap Limau

Jika suka, boleh susun di dalam kertas biskut dan simpan di dalam bekas kedap udara. 

Bagaimana? Mudah kan? Resipi ini boleh menghasilkan lebih kurang 50 sehingga 80 biji bergantung kepada saiz biskut.  

Selamat mencuba! -CARI
3

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 24-5-2019 12:22 PM
Eeewwwwwwwwwwwww
Quote miarshya 25-5-2019 07:58 AM
Antara step 2 dan step 3 tu, tak perlu nak tunggu tepung sejuk?  
Quote miarshya 25-5-2019 08:03 AM
Ini macam biskut arab tu kan, just add cornflakes. Tapi, would the cornflakes stay crunchy?
Quote seiferyuna 25-5-2019 02:48 PM
Macam sedap je
Quote marlisa_syazana 26-5-2019 05:31 PM
Boleh try ni... Tq ye tt
Quote CiliPadiSedap 26-5-2019 08:51 PM
miarshya: Ini macam biskut arab tu kan, just add cornflakes. Tapi, would the cornflakes stay crunchy?

Yes its stay kinky
Quote bidadari_tyco85 27-5-2019 05:29 AM
marlisa_syazana replied at 26-5-2019 05:31 PM
Boleh try ni... Tq ye tt

Jom kita try buat,hehehe
Quote Abot 27-5-2019 12:34 PM
lalu kr nk telan ni,? mcm meloya je  {:nose
Quote ninjago 29-5-2019 04:30 PM
tepung gandum mentah la jadikkan??
Quote Daisyna 30-5-2019 03:19 PM
x berkulat ke nanti biskut tu,sbb x dibakar kan so jadi lembab2.
Quote dedeq88 9-7-2019 11:16 AM
Daisyna replied at 30-5-2019 03:19 PM
x berkulat ke nanti biskut tu,sbb x dibakar kan so jadi lembab2.

Tepung tu dah di msak ..sangai dalam kuali tu msklahnamanya..minyak sapi tu pun dah d msk..smua adunan dh dimsk pastu dicampurkan..
Quote Lengkong 9-7-2019 10:52 PM
Suka kuih yang ada minyak sapi..tq tt bagi resepi


Quote cikbun 8-8-2019 12:45 AM
ada yang pernah cuba??
Quote Thealisyayusuf 3-2-2023 11:54 PM
My fav time rayaaaa!!

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.062991 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top