CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Sibuk Kumpul Sampul Raya, Tahu Tak Apa Hukum Bagi Duit Raya?

23-5-2019 01:29 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7772| Komen: 24|Original author: Oleh: LilRose

Menjelang Syawal, remaja dan kanak-kanaklah yang paling gembira. Tak sabar mengira jumlah duit raya terkumpul!


Kredit foto: SAYS


Namun, berbeza pula dengan orang dewasa yang perlu mengumpul wang untuk disedekahkan sebagai duit raya.

Boleh jadi mimpi ngeri! Kenapa? Mungkin ada yang takut dengan kanak-kanak yang berulang kali bertandang ke rumah kononnya untuk beraya, tetapi sebenarnya menagih duit raya.


Kredit foto: trekearth

Tapi, nak tahu juga. Apakah hukum memberi dan menerima duit raya?

Menerusi penerangan laman web Pejabat Mufti Wilayah, konsep memberi duit raya pada 1 Syawal menepati amalan bersedekah, sekali gus mematahkan dakwaan unsur tasyabbuh seperti ang pow yang diberikan semasa perayaan kaum Cina.



Kredit foto: HoneyKids Asia

"Pemberian duit raya kepada kaum keluarga, serta jiran tetangga yang hadir berkunjung ke rumah pada 1 Syawal adalah HARUS hukumnya," jelasnya.

Ini kerana, sedekah dalam bentuk duit raya membuka peluang untuk mendapat dua pahala iaitu pahala bersedekah dan pahala menghubungkan silaturahim. 

Bagaimanapun, ia harus diberikan mengikut kemampuan, bukan memaksa diri untuk memberi dengan jumlah yang besar.

"Ala, sikitnya pakcik makcik ni bagi duit raya!" Ha, orang yang menerima perlu bersyukur dengan kadar diterima dan jangan diungkit-ungkit, ya.


Kredit foto: Blog Azhafizah

Mufti Wilayah juga mencadangkan agar mengutamakan pemberian duit raya kepada golongan fakir, miskin, dan mereka yang memerlukan.

Siapa di sini yang tak suka memberi duit raya kepada kanak-kanak yang datang ke rumah tu, anggap sajalah kita bersedekah. Tetapi, janganlah pula memaksa diri jika tidak berkemampuan, okey? - CARI
7

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • MoFirdaus


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 23-5-2019 01:50 PM
thn nie cut 50% amount duit raya tuk anak2 cousins or anak2 buah. sbb masing2 family senang belaka tgk gaya. nk utamakan tuk asnaf pulak yg mmg dah sah2 lebih memerlukan duit tu..
Quote RatuDunia94 23-5-2019 02:06 PM
Iols x bg duit raya.. iola bg gula2 je.. sedekah juga kan..
Quote nononcrux 23-5-2019 02:22 PM
insha Allah ade rezeki utk anak-anak yatim & fakir miskin nanti
Quote GigaMom 23-5-2019 03:00 PM
Ada sesetengah kaum kelaurga nak bagi duit bukan tgok kmampuan diri sdiri
Tp tgok kat mak pak anak yg diberi
Kalau mak pak ado2 rasa segan nk bagi duit sikit
Anak ai yg sorg tu tme raya mmg sibuk la nk collect duit raya. Excited dia x sama wlupun mak sdiri bagi duit
Quote paz 23-5-2019 03:11 PM
Paz belum pikir budget duit raya, kalau malas ikut ajalah mcm thn lepas. Lagi pun family tak besar jadi memang tak byk pun nak keluar utk duit raya.

So far belum dapat any sampul raya ni.
Quote Artemesiaa 23-5-2019 04:42 PM
Tak suka bagi duit raya bagi goodies je
Quote kroit92 24-5-2019 01:10 AM
aku teringat rumah aku pernah kena ambush budak2 beberapa tahun lepas.
waktu tu minggu pertama raya, family semua ke kampung, aku keje, tapi hari tu cuti, maka melepap la kat rumah berehat.

sekali budak2 datang ketuk pintu, ramai, dalam 8-9 orang.
sorang tu siap dukung adik dia yang baby lagi, semua berpeluh2, lencun basah baju
kesian aku tengok diorang
tapi aku tak penah tengok budak2 ni. bila tanya rumah mana? 2 kampung sebelah diorang merantau cari duit raya   jauhnye dik berjalan tengah panas ni. bawak baby pulak tu. bahaya kena culik kang adoii

aku jemput masuk, nak minum air ke ape, sejukkan badan bawah kipas ke
diorang tolak. "Kami datang nak duit raya je bang." dengan muka confident
aduii lagi sekali. takpelah, aku bagi jugak. lepas tu suruh diorang cepat2 balik, nak hujan

bila aku tutup je pintu, nampak diorang berlari ke rumah jiran
dasarr
Quote WandaMi 24-5-2019 10:49 AM
sila ajar anak masing2 adab menerima duit raya juga ye. bgs jg idea bagi goodies, tp bersedialah kena komen dgn budak2 "ala ni je?" hahaha
Quote TalibanRock 24-5-2019 11:14 AM
pok.jpg

huntong tahun ni Hong Leong bagi sampul cantik....aku dapat 10 bundle..muka xtahu malu mintak dgn akak bank
Quote sufi^_^ 24-5-2019 11:41 AM
Bagi senyuman je. Sedakah gak tu.
Quote midori888 24-5-2019 11:51 AM
lebih pentingkan kasi duit raya kat org2 tua, pakcik makcik dari kat bdk2...bdk2 kasi skit wat beli jajan cukup lah...

Quote palmolive 24-5-2019 12:10 PM
tahun ni ingat nak bg pakai e-wallet la..haha
Quote Jorja 25-5-2019 09:53 AM
Good deeds pun tapi rimas bila org sebut Minta duit Raya..tak malu Minta minta
Quote kakakOmes 25-5-2019 12:14 PM
This year BNM is highly promoting on e-duit raya etc etc sbb nak cost saving & save environment gitu, iols klu budak2 dtg bagi jer duit tanpa sampul, diorg tak peduli pun asal dpt duit sudah
Quote Foxey 25-5-2019 03:04 PM
Hmmm... Belum kira bajet duit raya tahun ni. Nak bagi sama je kot macam tahun lepas except for mak ayah
Quote rje 25-5-2019 04:26 PM
Bagi berapa tg mampu je
Quote Lagubestbest 25-5-2019 05:05 PM
ninjago replied at 23-5-2019 01:50 PM
thn nie cut 50% amount duit raya tuk anak2 cousins or anak2 buah. sbb masing2 family senang belaka t ...

Duit raya tu suka2 je. Tapi kalau betul nak bagi sedekah asnaf, bagi time ramadan ni pahala berganda tuhan kata.
Quote cpnor 26-5-2019 12:16 AM
Bagi ikut kemampuan aje..xde la nak.ikut2 org..niat kite nak bersedekah..suke tgok budak2 seronok dpt duit.raya mcm zaman kite kecik2 dulu..
Quote adda001 26-5-2019 06:36 AM
Tahun ni tukar duit kat maybank x dpt pula sampul duit raya, selalu ada ja di bagi, duit raya pun dapat duit lama

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.113961 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top