Bila dah dibenci orang, buatlah apapun pasti akan dicerca. Antara contoh, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (SS) sering menjadi mangsa buli siber. Terbaru, caranya sedang bersila juga menjadi pertikaian haters. Pengguna Twitter dengan nama Naratif Rakyat mengecam gambar Ahli Parlimen Muar itu yang sedang berbuka bersama orang ramai. Menjengkelkan. Mungkin itu apa yang dirasai SS apabila gambar itu dijadikan 'isu besar' oleh pihak tertentu. Ramai warga Twitter bersangka baik dengan mendakwa tindakan SS duduk sedemikian mungkin disebabkan kakinya berasa kebas. Dalam masa sama, mereka meminta agar beliau mengabaikan kecaman tidak berasas daripada warganet. Gambar asal dimuat naik SS di Instagram menunjukkan beliau berbuka puasa di Masjid Pekan Baru.
|
leylapple replied at 21-5-2019 02:42 PM
rilek la... len kali bawak duduk bersimpuh..
seri_mawr replied at 21-5-2019 03:18 PM
hhahahhaa...
walaupun tu kaki menteri yang muda belia......klu aku duk sebelah tu mmg aku putus ...
leylapple replied at 21-5-2019 03:48 PM
budak tu tak pernah duduk bersila seumur hidup.. tetiba kena bersila.. tu la duduk awkward mcm nie ...
ADVERTISEMENT