Kredit foto: IG Syed Saddiq
Bila dah dibenci orang, buatlah apapun pasti akan dicerca. Antara contoh, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (SS) sering menjadi mangsa buli siber.
Terbaru, caranya sedang bersila juga menjadi pertikaian haters.
Pengguna Twitter dengan nama Naratif Rakyat mengecam gambar Ahli Parlimen Muar itu yang sedang berbuka bersama orang ramai.
Menjengkelkan. Mungkin itu apa yang dirasai SS apabila gambar itu dijadikan 'isu besar' oleh pihak tertentu.
Ramai warga Twitter bersangka baik dengan mendakwa tindakan SS duduk sedemikian mungkin disebabkan kakinya berasa kebas.
Dalam masa sama, mereka meminta agar beliau mengabaikan kecaman tidak berasas daripada warganet.
Kredit foto: Twitter
Gambar asal dimuat naik SS di Instagram menunjukkan beliau berbuka puasa di Masjid Pekan Baru.
Apa nak buat, bersabar sajalah YB. - CARI
|