Seorang wanita yang mengalami masalah kemurungan sampai sekarang tidak pulang selepas keluar rumah jam 10 malam, 29 April lalu. Sumainya, Hanafi Abu Jamil, 37 berkata isterinya, Siti Maisarah Hamzah, 27, merajuk kerana tidak dibelikan nasi lemak.
“Sebelum ini, saya berbuka puasa dengan dia, bersahur pun dengan dia. Namun, sejak isteri menghilangkan diri pada malam 29 April lalu, saya tinggal seorang diri di rumah." Harian Metro melaporkan, sejak berrkahwin dengan Siti Maisarah sembilan tahun lepas, sudah beberapa kali dia menghilangkan diri. Bagaiamanpun ini adalah kali pertama wanita itu tidak ditemui sehingga lebih dari dua minggu. “Pada malam itu, isteri mengajak saya keluar membeli nasi lemak, namun saya memintanya menunggu sekejap sebelum terlelap di ruang tamu. “Ketika tidur saya terdengar seperti bunyi pintu kereta ditutup. Kemudian, saya periksa dalam rumah dan mendapati isteri tiada. Pada mulanya menyangka dia pergi membeli nasi lemak, namun selepas lebih dua jam isteri tidak pulang, saya mula tidak sedap hati." Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Gombak, pada 30 April lalu. “Isteri keluar tanpa membawa kad pengenalan dan telefon bimbit. Sudah merata tempat saya cari seperti di taman, surau, masjid dan hospital, namun tidak menemuinya. “Saya mendapat maklumat daripada orang awam yang ternampak isteri di sekitar Lebuhraya Persekutuan, dekat Petaling Jaya. Saya pergi ke situ sebelum mendapati isteri pernah ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di kawasan berkenaan untuk membuat kad pengenalan baharu pada 8 Mei lalu,” tambahnya. -CARI |
lostfaith replied at 16-5-2019 10:48 AM
Belum ada anak ke? Baguslah. yg tak sihat mental tak patut kawin n ada anak sepatutnya. Kesian kalu ...
ninjago replied at 16-5-2019 10:34 AM
cam plan nak lari je tu.. siap buat ic baru. nape tak balik umah amik?
ADVERTISEMENT