Seorang wanita berdepan detik apabila menjadi mangsa samun dan cabul selepas menumpangkan pengawal keselamatan warga Nepal ditemuinya di Forest City, Tanjung Kupang, Iskandar Puteri. Utusan melaporkan, dalam kejadian 10.15 malam itu mangsa yang juga jurujual didatangi suspek tidak dikenali dengan seragam lengkap pengawal keselamatan ketika dia hendak pulang.
Difahamkan, suspek berusia lingkungan 30-an meminta tolong mangsa untuk menghantarnya ke perhentian bas Gelang Patah. Bagaimanapun, sebaik tiba di Lebuhraya Tanjung Pelepas (PTP), suspek tiba-tiba menarik baju mangsa dengan kuat dari tempat duduk penumpang belakang. Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, suspek berpindah ke tempat duduk penumpang hadapan sebelum menyeluk tangannya ke dalam skirt mangsa dan terkena bahagian peha menyebabkan mangsa tersentak, lalu memulas stereng hingga berlaku pelanggaran dengan kereta lain.
Tambahnya, suspek melarikan diri bersama telefon bimbit mangsa. Namun, dalam keadaan panik, lelaki itu tertinggal beg galasnya di dalam kereta wanita terbabit. Selepas diperiksa, wanita itu menemui dokumen peribadi disyaki milik suspek. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Tanjung Kupang jam 2 pagi kelmarin. Kes disiasat mengikut Seksyen 392/354 Kanun Keseksaan. - CARI
|
Bagaimanapun, sebaik tiba di Lebuhraya Tanjung Pelepas (PTP), suspek tiba-tiba menarik baju mangsa dengan kuat dari tempat duduk penumpang belakang.
Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, suspek berpindah ke tempat duduk penumpang hadapan sebelum menyeluk tangannya ke dalam skirt mangsa dan terkena bahagian peha menyebabkan mangsa tersentak, lalu memulas stereng hingga berlaku pelanggaran dengan kereta lain.
Cyempaka replied at 15-5-2019 03:03 PM
kau dah kenapa kak? dah la malam, lelaki, nepal pule. yang baik sgt dah kenapa.
ADVERTISEMENT