CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3141|Reply: 20

Dah Bagi Tumpang Kereta, Disamun Dan Dicabul Pengawal Keselamatan Pula

[Copy link]
Post time 15-5-2019 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita berdepan detik apabila menjadi mangsa samun dan cabul selepas menumpangkan pengawal keselamatan warga Nepal ditemuinya di Forest City, Tanjung Kupang, Iskandar Puteri.


Utusan melaporkan, dalam kejadian 10.15 malam itu mangsa yang juga jurujual didatangi suspek tidak dikenali dengan seragam lengkap pengawal keselamatan ketika dia hendak pulang.


Difahamkan, suspek berusia lingkungan 30-an meminta tolong mangsa untuk menghantarnya ke perhentian bas Gelang Patah.




Gambar Hiasan




Bagaimanapun, sebaik tiba di Lebuhraya Tanjung Pelepas (PTP), suspek tiba-tiba menarik baju mangsa dengan kuat dari tempat duduk penumpang belakang.


Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, suspek berpindah ke tempat duduk penumpang hadapan sebelum menyeluk tangannya ke dalam skirt mangsa dan terkena bahagian peha menyebabkan mangsa tersentak, lalu memulas stereng hingga berlaku pelanggaran dengan kereta lain.


Tambahnya, suspek melarikan diri bersama telefon bimbit mangsa. Namun, dalam keadaan panik, lelaki itu tertinggal beg galasnya di dalam kereta wanita terbabit.


Selepas diperiksa, wanita itu menemui dokumen peribadi disyaki milik suspek. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Tanjung Kupang jam 2 pagi kelmarin.


Kes disiasat mengikut Seksyen 392/354 Kanun Keseksaan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2019 02:12 PM | Show all posts
beraninya bagi tumpang entah sapa-sapa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapalah bagi tumpang? Adoiiii!

Semoga kita semua sentiasa berhati-hati..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 02:53 PM | Show all posts
dol sangat bagi stranger tumpang kereta

mencari penyakit
dah mendapat

kalo kena rogol & bunuh tak ke nayaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 02:55 PM | Show all posts
Berani yang mengundang bahaya, guard ditempat kerja belum tentu akan baik juga lepas waktu kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 03:03 PM | Show all posts
kau dah kenapa kak? dah la malam, lelaki, nepal pule. yang baik sgt dah kenapa.


Bagaimanapun, sebaik tiba di Lebuhraya Tanjung Pelepas (PTP), suspek tiba-tiba menarik baju mangsa dengan kuat dari tempat duduk penumpang belakang.
Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, suspek berpindah ke tempat duduk penumpang hadapan sebelum menyeluk tangannya ke dalam skirt mangsa dan terkena bahagian peha menyebabkan mangsa tersentak, lalu memulas stereng hingga berlaku pelanggaran dengan kereta lain.


dia lompat ke depan masa kereta tgh bergerak ke mcmana. pastu dah tgn kena paha baru nak tersentak? masa tarik baju xtersentak? eh tak paham lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2019 03:05 PM | Show all posts
kenal ke nepal tu? gigih bagi tumpang kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 03:16 PM | Show all posts
murninya hati mu..
namun ko terlalu naif mengenal dunia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2019 03:45 PM | Show all posts
gigih betul bagi tumpang strangers. strangers satu hal foreigner lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 03:51 PM | Show all posts
nasib tak kena rogol tau
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 03:53 PM | Show all posts
kene pukau ngan nepal ke sampaikan bg tumpang kereta walopon tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 04:00 PM | Show all posts
bahaya nya akk ni siap tumpangkan lelaki..
nsb baik takde apa2 jd..kalau tak tkt pas
kene rogol mati kene bunuh buang kat mana2
tah ..tlg lah fikir keselamatan sendiri akk.berhati2 lah
selepas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 04:00 PM | Show all posts
Forest city memang tempat panas.........silap perempuan tu juga..kenapa kau lurus sangat kasi tumpang
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nepal hensem kot..
Mcm guard kat tempat iols ada 2 org guard helokm. Ingakan melayu.. rupanya nepal mali..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhaiiii. Apa la sis tu baik tak berpada-pada
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 09:13 PM | Show all posts
bodohnya bg tumpng, lelaki pulak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Cyempaka replied at 15-5-2019 03:03 PM
kau dah kenapa kak? dah la malam, lelaki, nepal pule. yang baik sgt dah kenapa.



Maksud tersentak tu.. kaki tersentak , stereng gelong langgar keta lain. Maybe dia nak benti keta tp tunggu tkde keta... habis jahanam duit ketuk lagi... kesiannya.. naif sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Beraninya kasi tumpang orang tak dikenali
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Urban sgt... hitch hike katanya....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia berniat baik tp nepalese tu pulak buat hal. Terbakar pulak bila baca nih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.791325 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list