CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ramadan Special: KFC Indonesia Hidang Menu Kulit Ayam Goreng , Warga Malaysia Pun Nak!

14-5-2019 10:07 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9871| Komen: 36|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Peminat KFC seluruh dunia sering membahaskan bagaimana hendak memaksimumkan pengalaman makan ayam goring di restoran segera itu; Adakah makan kulit ayam goreng yang rangup itu dahulu atau asing dan dimakan kemudian? Atau adakah kulit ayam perlu dibuang atas faktor kesihatan?



Kredit foto: Carian Google

Bulan Ramadan ini, KFC lndonesia menunaikan permintaan ramai apabila mula menjual menu istimewa kulit ayam goreng yang rangup.

Menu baru itu diumumkan di Instagram KFC Indonesia pada Sabtu lalu. Mulai dijual dengan harga RP13,636 (RM3.95), menu itu hanya boleh didapati di enam premis KFC sekitar Jakarta iaitu MT Haryono, Salemba, Cideng, Kemang, Kalimalang, dan Kelapa Gading.



Berita itu disambut dengan penuh gembira oleh netizen Indonesia. Seorang peminat KFC berkata, dia paling tidak tahan dengan godaan kulit ayam goreng KFC ini. 


Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun, beberapa netizen yang sudah tidak sabar untuk merasa menu baru itu kecewa kerana restoran yang mereka kunjungi kehabisan stok.

'Saya berbaris panjang, kemudian diberitahu dah habis, katanya KFC Kalimalang tidak ada stok sejak Maghrib lagi,' kata seorang netizen mengadu kepada @KFCINDONESIA. 

Ada juga yang mengeluh kerana rasanya terlalu masin dan saiznya yang terlalu kecil, tidak berbaloi dengan harganya.


Kredit foto: Twitter

Pengumuman itu juga menyebabkan ramai penggemar KFC di Malaysia cemburu dan inginkan menu sama ditawarkan. Mereka beramai-ramai mengulang kicau pengumuman KFC Indonesia dan mendesak KFC Malaysia menawarkan menu yang sama.


Kredit foto: Twitter

Persoalannya, adakah menu ini bakal mendapat sambutan yang sama hangatnya jika ditawarkan di KFC Malaysia? - CARI
5

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 14-5-2019 10:10 AM
'My mouth says YES but my artery says NO'
Quote fishcracker 14-5-2019 10:21 AM
Lemak!
Quote umbut 14-5-2019 11:06 AM
Sedapppp tapi lemakkkk
Quote mzzenma 14-5-2019 11:15 AM
oooh my feveret..
Quote Kurex 14-5-2019 11:17 AM
Lemeksss la acik sekalian
Quote RatuDunia94 14-5-2019 11:19 AM
Kolestrol......memang tak lah iols nk makan benda2 mcm ni..
Quote Sang_Pencinta 14-5-2019 11:22 AM
Sy makan kalau dia part of the KFC isi ayam yg dibeli

Bukan sesaja nak beli utk kulit je
Quote buapakperut 14-5-2019 11:49 AM
eeww kolestrollll
Quote rina0602 14-5-2019 12:45 PM
klu nak makan kulit ayam rangup pergilah boat noodle.
Quote hatikudus 14-5-2019 01:24 PM
Aku tak makan kulit ayam huks
Quote ikanmasin 14-5-2019 01:28 PM
rina0602 replied at 14-5-2019 12:45 PM
klu nak makan kulit ayam rangup pergilah boat noodle.

yg ni betul.asal pg jer mst ada selit oder
Quote rina0602 14-5-2019 05:31 PM
ikanmasin replied at 14-5-2019 01:28 PM
yg ni betul.asal pg jer mst ada selit oder

adoi, teringat pulak posa2 ni
Quote ikanmasin 14-5-2019 05:54 PM
rina0602 replied at 14-5-2019 05:31 PM
adoi, teringat pulak posa2 ni

sabar2x
Quote mizzmimi 14-5-2019 09:55 PM
Tak sanggup nak makannya.. Seksa arteri iols..
Quote MawarKelabuAsap 15-5-2019 09:15 AM
Citarasa masing2.. tp yg penting berpada2lah
Quote azimodin 15-5-2019 12:17 PM
Ni kalau anak iouls tahu confirm order satu x cukup. Dia sejenis "bolot" kerak kfc. Selalu isi dibiar togel je dalam pinggan. Geram
Quote kurga 16-5-2019 02:27 PM
sapa makan ayam kfc part kulit last sekali makan..kita geng..
Quote Sang_Pencinta 17-5-2019 09:52 AM
kurga replied at 16-5-2019 02:27 PM
sapa makan ayam kfc part kulit last sekali makan..kita geng..

Selalu buka dan dan ketepikan, konon nak buang tetapi bila dah selesai makan mulalah nak cubit kulit ayam tu sebab nampak sedap...
Quote kurga 17-5-2019 12:18 PM
Sang_Pencinta replied at 17-5-2019 09:52 AM
Selalu buka dan dan ketepikan, konon nak buang tetapi bila dah selesai makan mulalah nak cubit kul ...

hahaaaha..betul2.. sebab dia jd menarik tu bila da terkena mayo ngn sos cili...

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.043808 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top