Peminat KFC seluruh dunia sering membahaskan bagaimana hendak memaksimumkan pengalaman makan ayam goring di restoran segera itu; Adakah makan kulit ayam goreng yang rangup itu dahulu atau asing dan dimakan kemudian? Atau adakah kulit ayam perlu dibuang atas faktor kesihatan?
Kredit foto: Carian Google
Bulan Ramadan ini, KFC lndonesia menunaikan permintaan ramai apabila mula menjual menu istimewa kulit ayam goreng yang rangup.
Menu baru itu diumumkan di Instagram KFC Indonesia pada Sabtu lalu. Mulai dijual dengan harga RP13,636 (RM3.95), menu itu hanya boleh didapati di enam premis KFC sekitar Jakarta iaitu MT Haryono, Salemba, Cideng, Kemang, Kalimalang, dan Kelapa Gading.
Berita itu disambut dengan penuh gembira oleh netizen Indonesia. Seorang peminat KFC berkata, dia paling tidak tahan dengan godaan kulit ayam goreng KFC ini.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, beberapa netizen yang sudah tidak sabar untuk merasa menu baru itu kecewa kerana restoran yang mereka kunjungi kehabisan stok.
'Saya berbaris panjang, kemudian diberitahu dah habis, katanya KFC Kalimalang tidak ada stok sejak Maghrib lagi,' kata seorang netizen mengadu kepada @KFCINDONESIA.
Ada juga yang mengeluh kerana rasanya terlalu masin dan saiznya yang terlalu kecil, tidak berbaloi dengan harganya.
Kredit foto: Twitter
Pengumuman itu juga menyebabkan ramai penggemar KFC di Malaysia cemburu dan inginkan menu sama ditawarkan. Mereka beramai-ramai mengulang kicau pengumuman KFC Indonesia dan mendesak KFC Malaysia menawarkan menu yang sama.
Kredit foto: Twitter
Persoalannya, adakah menu ini bakal mendapat sambutan yang sama hangatnya jika ditawarkan di KFC Malaysia? - CARI
|