Sempena Hari Ibu yang berlangsung semalam, ramai yang mengucapkan kata-kata sayang kepada ibu masing-masing. Namun bagi mereka yang sudah kehilangan ibu, hanya gambar yang menjadi pengubat rindu. Aktres, Elizad Sharifudin turut memaparkan gambarnya bersama ibunya dengan meluahkan kata-kata cinta. Namun, lain pula jadinya apabila ada yang menegur berkenaan gambar tersebut lalu membuatkannya berkecil hati. Elizad meluahkan di Insta Storynya. Kata-kata itu dipercayai berpunca dari sekeping gambar ini yang memaparkan Elizad ketika muda dan ibunya sebelah menyebelah. Mengucapkan kata-kata sayang kepada ibunya serta ucapan Al-Fatihah setelah ibunya pergi membuatkan netizen sebak dengan momen itu. Namun, ada juga netizen yang merasakan gambar itu tidak patut disiarkan kerana alasan tertentu.
Menurut IG Story, Elizad meluahkan kekesalannya kerana ada netizen yang menegurnya kerana mendedahkan aurat ibunya. Elizad turut menulis komen lalu bertanyakan aurat yang mana dan terus menyatakan yang dia jarang meletakkan gambar ahli keluarganya, tetapi kerana Hari Ibu dan mahu memberi penghargaan kepada arwah ibunya lalu disiarkan. Elizad juga sempat berpesan kepada netizen untuk menjaga hati orang sebelum memberi sebarang komen. "Itu pic saya bersama arwah." Ayat tersebut jelas ditulis oleh Elizad di dalam kapsyennya namun mungkin apa yang dimaksudkan oleh netizen tersebut ialah dia menyangka yang berbaju kuning dan berambut panjang itu adalah ibu Elizad juga kerana ia adalah dua keping gambar berbeza dengan yang bertudung. Salah faham ini lah yang mungkin menyebabkan dia menegur berkenaan aurat, sedangkan itu adalah gambar Elizad ketika muda. Betul juga kata Elizad, ramai yang suka menghakimi sesuatu isu tanpa menyiasat atau bertanya terlebih dahulu hingga menyebabkan ada hati yang terluka. Mungkin niatnya bagus untuk menegur tetapi perlu ada adab yang perlu diikuti sebelum bersuara. Sebenarnya, banyak yang perlu diperbaiki dalam masyarakat kita agar sentiasa bersangka baik terlebih dahulu sebelum bertindak. Semoga Elizad tabah menghadapi dugaan ini.-CARI |
cmf_premierleag replied at 13-5-2019 11:17 AM
x minat dia ni.kalo nmpk dia belakon kt tv,cepat2 aku tukar cenel
menyampah
mieymiey replied at 13-5-2019 12:21 PM
Muka ko dulu lain dengan yang sekarang, sebab tu acik tu tak perasan yang tu ko
cmf_premierleag replied at 13-5-2019 12:17 PM
x minat dia ni.kalo nmpk dia belakon kt tv,cepat2 aku tukar cenel
menyampah
ADVERTISEMENT