CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4566|Reply: 18

Elizad Sharifuddin Kongsi Ucapan Selamat Hari Ibu Pun Netizen Tegur, Sedihlah!

[Copy link]
Post time 13-5-2019 11:33 AM | Show all posts |Read mode







Sempena Hari Ibu yang berlangsung semalam, ramai yang mengucapkan kata-kata sayang kepada ibu masing-masing. Namun bagi mereka yang sudah kehilangan ibu, hanya gambar yang menjadi pengubat rindu. Aktres, Elizad Sharifudin turut memaparkan gambarnya bersama ibunya dengan meluahkan kata-kata cinta. Namun, lain pula jadinya apabila ada yang menegur berkenaan gambar tersebut lalu membuatkannya berkecil hati. Elizad meluahkan di Insta Storynya.





Kredit foto: IG





Kata-kata itu dipercayai berpunca dari sekeping gambar ini yang memaparkan Elizad ketika muda dan ibunya sebelah menyebelah. Mengucapkan kata-kata sayang kepada ibunya serta ucapan Al-Fatihah setelah ibunya pergi membuatkan netizen sebak dengan momen itu. Namun, ada juga netizen yang merasakan gambar itu tidak patut disiarkan kerana alasan tertentu.


Kredit foto:




Menurut IG Story, Elizad meluahkan kekesalannya kerana ada netizen yang menegurnya kerana mendedahkan aurat ibunya. Elizad turut menulis komen lalu bertanyakan aurat yang mana dan terus menyatakan yang dia jarang meletakkan gambar ahli keluarganya, tetapi kerana Hari Ibu dan mahu memberi penghargaan kepada arwah ibunya lalu disiarkan. Elizad juga sempat berpesan kepada netizen untuk menjaga hati orang sebelum memberi sebarang komen.

"Itu pic saya bersama arwah."

Ayat tersebut jelas ditulis oleh Elizad di dalam kapsyennya namun mungkin apa yang dimaksudkan oleh netizen tersebut ialah dia menyangka yang berbaju kuning dan berambut panjang itu adalah ibu Elizad juga kerana ia adalah dua keping gambar berbeza dengan yang bertudung. Salah faham ini lah yang mungkin menyebabkan dia menegur berkenaan aurat, sedangkan itu adalah gambar Elizad ketika muda.



Kredit foto: IG




Betul juga kata Elizad, ramai yang suka menghakimi sesuatu isu tanpa menyiasat atau bertanya terlebih dahulu hingga menyebabkan ada hati yang terluka. Mungkin niatnya bagus untuk menegur tetapi perlu ada adab yang perlu diikuti sebelum bersuara. Sebenarnya, banyak yang perlu diperbaiki dalam masyarakat kita agar sentiasa bersangka baik terlebih dahulu sebelum bertindak. Semoga Elizad tabah menghadapi dugaan ini.-CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Bosan dah bab ustazah ustaz ahli lindungan kaabah sibuk jadi polis aurat.
Acah acah alim tp bertenggek kat ig retis
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 11:44 AM | Show all posts
kan nampak kaki tu ... aurat.
benda betul org tegur pun nak sentap.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
x minat dia ni.kalo nmpk dia belakon kt tv,cepat2 aku tukar cenel
menyampah
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 12:21 PM | Show all posts
Muka ko dulu lain dengan yang sekarang, sebab tu acik tu tak perasan yang tu ko
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu gambor masa belum overhaul..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2019 12:34 PM | Show all posts
rajin betul netizen komen kat ig retis .. iolss xkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 01:08 PM | Show all posts
maybe tu jerk gmbar yg di ada kut
netizen pun..asyik nk hentam org jerk
spesis suci murni btul ni
aku pun xde gmbar arwah mak yg elok bertudung litup/menutup aurat
org dulu2..mana ada pakai gitu
abis2 selendang panjang yg jnis nipis tu..pakai letak gitu je kat kepala
pastu arwah mak aku suka pakai kebaya pendek atau labuh
agak nya kalau aku upload kat socmed mmpus kena keji bagai ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2019 01:15 PM | Show all posts
zaman dulu2 mmg jarang kan orang bertudung labuh. makcik iouls dulu masuk tadarus pon pakai tudung ikat bawah dengan kebaya. nak buat macam mana, dah zman dulu  bukan macam zaman sekarang. sekarang mudah, banyak ceramah & kelas pengajian. tapi waris yang tinggal pon pandai2 la jaga maruah ahli keluarga yang dah pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 01:29 PM | Show all posts
lainnya muka Elizad before & after..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 01:47 PM | Show all posts
muka elizad iras2 linda nanuwil AF2 dalam gambar tu...
agaknya yg menegur ingat gambar kanan pun gambar arwah mak nya kot...
sbb berbeza dengan rupa sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 02:01 PM | Show all posts
sopan dah tu dia jawab..netizen yg prihatin tu, pi la tegur kat ig cepwan sana..tgk berapa degree punya lahar boleh dapat..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau pic aurat orang 1 inci nmpak sikit pun punyelah berjela done dakwah nya..
Pic sendiri kadang2 sleeve 3/4, baju ketat, no halal gap etc, buat2 xnmpak je..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Perangai netizen ni sebijik macam jiran sebelah aku ni.. Tudung labuh ok, kire laki bini alim..Kitorang satu taman, ade grup wassap.. Semua dok post selamat hari ibu, tibe2 dia boleh post, ceramah pasal hukum sambut hari ibu.. Macam org kafir.. X phm aku manusia camni..
Tudung labuh pon, tapi kalau mengata org boleh tahan gak dpn aku.. Tu yg aku hek eleh kan je dlm hati..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 07:58 PM | Show all posts
Kalau aku pun salah sangka.. Lain kot muka dia tu.. Kata nak upload gambar dia dengan mak.. Tapi tu dua gambar berbeza kan? At least ko letak la gambar ko yang current.. Baru la orang kenal..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 13-5-2019 11:17 AM
x minat dia ni.kalo nmpk dia belakon kt tv,cepat2 aku tukar cenel
menyampah

Aku pun x suka
Dia berlakun nampak dibuat2
Rimass
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2019 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti la dia sedih kan dia yg jaga maknya masa sakit.sampai stop berlakon kejap
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2019 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 13-5-2019 12:21 PM
Muka ko dulu lain dengan yang sekarang, sebab tu acik tu tak perasan yang tu ko

Betul. Lain benor mukanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2019 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 13-5-2019 12:17 PM
x minat dia ni.kalo nmpk dia belakon kt tv,cepat2 aku tukar cenel
menyampah

Khuenst sama la dgn acik. Bukan pasal minat tak minat retis ni. In fact tak perlu pun kena minat kat retis baru nak tgk lakonan / dgr lagu deyols.
Lakonan heshe mmg merengsakan
Tak kira lah watak ape heshe pegang. Yg tak boleh blah belakon jadi remaja anak orka. Selain muka pun kertu nak mampos tetek pun dah layut. Wardrobe heshe jadi remaja mmg hauk namatey
Bodo punya pengarah ambik retis gini jadi heroin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 1.028994 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list