Dadih memang merupakan manisan kegemaran anak-anak kecil kerana mempunyai tekstur yang unik dan pelbagai rasa. Kalau beli di pasar malam atau bazar ramadhan, memang tak cukup satu. Jadi apa kata kita buat sendiri resepi dadih susu yang sangat mudah ini. Bahan-Bahan - 1 liter susu kotak - Agar-agar tali 20g. Guna 1/3 saja - Gula ikut kemanisan sendiri - Garam secubit rasa - 1 liter air masak/tapis - untuk masak agar-agar Cara-Cara: 1. Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut. 2. Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Tunggu mendidih sikit baru tutup api.
3. Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais. 4. Siap untuk dimakan Kredit resipi : Puan Niswah Hasina Nota: Kalau mahu perasa lain, boleh saja pilih mana-mana jenis susu perisa pilihan anda. -CARI |
3
Bagus |
4
Marah |
7
Terkejut |
5
Sedih |
8
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
che_gaia replied at 27-5-2019 04:37 PM
Masa puasa gini,dapat dadih sejuk kat tekak..uiii sedapppp
puanbintang replied at 17-6-2019 02:37 PM
sedapnya menelan time musim pepanas ni..letak buah2 ke jely sikit...
CikB replied at 20-6-2019 12:04 PM
my favourite ni
ADVERTISEMENT