Dadih memang merupakan manisan kegemaran anak-anak kecil kerana mempunyai tekstur yang unik dan pelbagai rasa.
Kalau beli di pasar malam atau bazar ramadhan, memang tak cukup satu. Jadi apa kata kita buat sendiri resepi dadih susu yang sangat mudah ini.
Bahan-Bahan
- 1 liter susu kotak
- Agar-agar tali 20g. Guna 1/3 saja
- Gula ikut kemanisan sendiri
- Garam secubit rasa
- 1 liter air masak/tapis - untuk masak agar-agar
Cara-Cara:
1. Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
2. Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Tunggu mendidih sikit baru tutup api.
3. Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
4. Siap untuk dimakan
Kredit resipi : Puan Niswah Hasina
Nota: Kalau mahu perasa lain, boleh saja pilih mana-mana jenis susu perisa pilihan anda. -CARI |