Isu berkenaan kes usahawan kosmetik Dato Seri Aliff Syukri didakwa mendera anak perempuannya, Qadeejah nampaknya masih hangat diperkatakan. Walaupun beberapa hari yang lepas beberapa tindakan susulan telah diambil oleh pihak berkenaan bagi menyiasat kes tersebut, nampaknya masih ada lagi pihak yang tidak berpuas hati.
Semalam, isteri kepada Aliff Syukri, Datin Shahida meluahkan rasa kesalnya apabila dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Love Yourself Association (LYSA) di mana salah seorang ahli jawatankuasanya merupakan penyanyi Mimy Fly dan Gerakan Alpha Legacy Enterprise (GALE) membuat laporan polis berhubung video yang dimuat naik oleh suaminya sebelum ini. "Polis dah datang rumah saya soal siasat semua bibik dan anak-anak saya, lebih 10 orang," tulis Shahida memulakan bicara.
Luah Shahida, siasatan sudah pun dijalankan dan beberapa tindakan sudah dilakukan termasuk membawa anaknya berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak bagi menjalani pemeriksaan lanjut di hospital.
|
Orix replied at 9-5-2019 02:13 PM
Ko pegi la marah isteri eh suami ko tu. Yg perangai mcm makcik makcik gigih menayang itu ini apesal
munchkin replied at 9-5-2019 02:12 PM
So next time ko bantai anak tak perlu upload. Bila upload ko jadikan tontonan umum publik. Maka itu ...
kerusikayu replied at 9-5-2019 02:17 PM
boleh nak ajar anak, tapi tak perlulah nak upload kat IG bagai.. sekarang ramai dah nak cari point. ...
umbut replied at 9-5-2019 02:32 PM
Jap lagi alif balas.. ap salah saya.. apa salah saya..
cmf_blingblings replied at 9-5-2019 02:35 PM
Tak adalah dia tunjuk video membantai anak. Dia tunjuk dia bubuh cream yg dia jual tu kat belakang ...
uori replied at 9-5-2019 02:48 PM
padan muka. tapi aku tak rasa dia akan serik
ADVERTISEMENT