View: 18179|Reply: 133
|
"Macam Mana Nak Bagi Puas Hati?"- Datin Shahida Kesal NGO Campur Tanga
[Copy link]
|
|
Isu berkenaan kes usahawan kosmetik Dato Seri Aliff Syukri didakwa mendera anak perempuannya, Qadeejah nampaknya masih hangat diperkatakan. Walaupun beberapa hari yang lepas beberapa tindakan susulan telah diambil oleh pihak berkenaan bagi menyiasat kes tersebut, nampaknya masih ada lagi pihak yang tidak berpuas hati.
Semalam, isteri kepada Aliff Syukri, Datin Shahida meluahkan rasa kesalnya apabila dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Love Yourself Association (LYSA) di mana salah seorang ahli jawatankuasanya merupakan penyanyi Mimy Fly dan Gerakan Alpha Legacy Enterprise (GALE) membuat laporan polis berhubung video yang dimuat naik oleh suaminya sebelum ini.
"Polis dah datang rumah saya soal siasat semua bibik dan anak-anak saya, lebih 10 orang," tulis Shahida memulakan bicara.
Luah Shahida, siasatan sudah pun dijalankan dan beberapa tindakan sudah dilakukan termasuk membawa anaknya berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak bagi menjalani pemeriksaan lanjut di hospital.
Dia turut kesal dengan tindakan NGO tersebut yang mendakwa bahawa tiada tindakan diambil berhubung kes tersebut walhal mereka sudah pun melalui beberapa sesi soal jawab dan pemeriksaan.
Tambah Shahida, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah mengesahkan yang anak mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak terdapat sebarang kesan penderaan emosi mahupun fizikal.
Shahida turut mengatakan yang dia bukanlah menyokong tindakan suaminya berkongsi video tersebut kepada umum, namun dia memohon semua pihak untuk tidak memperbesarkan lagi isu tersebut kerana tindakan lanjut sudah pun diambil.
Seperti biasa, luahan Shahida itu mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut tidak memahami motif NGO itu mengatakan tiada tindakan diambil berhubung isu tersebut.
Kredit foto: Ig Shahida
Ibu mertua kepada Shahida, Bonda Rozita yang juga merupakan pengasas produk Sendayu Tinggi turut meluahkan perasaan kecewanya.
Kredit foto: Ig Shahida
Diharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik kerana kami yakin yang Aliff Syukri sudah pun belajar daripada kesilapannya. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
So next time ko bantai anak tak perlu upload. Bila upload ko jadikan tontonan umum publik. Maka itu adalah tindakan publik. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko pegi la marah isteri eh suami ko tu. Yg perangai mcm makcik makcik gigih menayang itu ini apesal |
|
|
|
|
|
|
|
Yee..next time x pyh upload laa senang..isu pn xde org nk jadikan modal |
|
|
|
|
|
|
|
mimi fly salah sorang NGO tu
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh nak ajar anak, tapi tak perlulah nak upload kat IG bagai.. sekarang ramai dah nak cari point. sendiri cari penyakit. |
|
|
|
|
|
|
|
semua salah sendiri jugak... harapnya amiklah pengajaran alifsyukri oi..
hr tu mcm ada video dia menjawab soalan igers dr dlm toilet dgn muka basi x hingat. and dr reflection cermin belakang dia nampak cam tgh mencangkung ke ntahla.. x pakai baju. mmg x sensitif lgsg main hp. semua benda pun nak upload. |
|
|
|
|
|
|
|
itu lah kenapa lah bijak sangat semua benda nak direcord. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dkt obersi ni dh lame agency mcm jkm amek anak dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Jap lagi alif balas.. ap salah saya.. apa salah saya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak adalah dia tunjuk video membantai anak. Dia tunjuk dia bubuh cream yg dia jual tu kat belakang anak dia ala-ala anak dia kena rotan teruk kat belakang. Marketing jer tapi membawa padah sbb org percaya dgn lakonan anak dan bapa. sekian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mane nk bagi puas hati???snang je tk perlu rekod & upload kat socmed....fullstop! |
|
|
|
|
|
|
|
makanya...kebodohan jangan di upload vedio |
|
|
|
|
|
|
|
kerusikayu replied at 9-5-2019 02:17 PM
boleh nak ajar anak, tapi tak perlulah nak upload kat IG bagai.. sekarang ramai dah nak cari point. ...
Adan uke....... esok upload ape lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
umbut replied at 9-5-2019 02:32 PM
Jap lagi alif balas.. ap salah saya.. apa salah saya..
Adan uke.. esok upload tunjuk taik |
|
|
|
|
|
|
|
Artis tumpang glamer kau? Haha.. mimie fly tu dh la glamerrr dr kau ponen. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_blingblings replied at 9-5-2019 02:35 PM
Tak adalah dia tunjuk video membantai anak. Dia tunjuk dia bubuh cream yg dia jual tu kat belakang ...
Kannnn...anak2 die pon pandai dah nak menioo berlakon... in character sgtt....lambat laun Tuhan tu akan kasi pengajaran kat tok lio nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka. tapi aku tak rasa dia akan serik |
|
|
|
|
|
|
|
buat gimik jual barang ni mmg kerja diapun, sekejap orang marah sekejap orang kesian, mcm drama sinetron
|
|
|
|
|
|
|
| |
|