CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Murtabak Di Bazar Ramadan Mahal? Buat Sendirilah Jawabnya, Jimat Dan Mudah

9-5-2019 09:51 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5285| Komen: 12|Original author: Oleh: natrah

Foto: Google

Menjelang ramadan antara menu wajib yang akan dibeli di bazar Ramadan ialah murtabak. Namun begitu seperti tahun-tahun lepas harga murtabak sentiasa naik dan dikatakan agak mahal. Kalau anda teringin nak makan murtabak tetapi mahu berjimat cermat dan ada sedikit kerajinan, mungkin anda boleh cuba menu yang dikongsikan oleh penulis buku Mentaliti Jamban, Encik Khairul Abdullah. 

Umum mungkin sudah tahu, Encik Khairul pernah berkelana di luar negara beberapa tahun lepas. Umum juga mesti sedia maklum, di luar negara mana ada bazar Ramadan di bulan puasa. Menurut Encik Khairul lagi sekiranya teringin makan menu yang hanya terdapat di bazar ramadhan di Malaysia, nak tak nak terpaksa la juga masak sendiri. Beliau telah berkongsi resepi murtabak yang biasa dibuat ketika menetap di luar negara.




Bahan-bahan untuk 4 biji murtabak:-
  • 200-300 gm daging cincang ( ayam/lembu). 
  • 1 biji kentang saiz besar dipotong dadu kecil.
  • 1 biji bawang besar atau bawang holland dipotong dadu kecil.
  • 1 ulas bawang putih untuk menumis. 
  • 2 sudu besar rempah kari daging.
  • 1 tangkai daun sup. 
  • 3 helai daun kari, jangan berlebihan.
  • 3 biji telur yang telah dibasuh dan dilap sekering-keringnya. 
  • 4 keping kulit popiah segera saiz paling besar. 

Cara membuatnya: -

1. Lembutkan kulit popiah dengan meletakkan kain lembap (tea towel) di atasnya. 

Inti murtabak

  
 

2. Tumis bawang putih dan sebahagian bawang yang telah didadu kemudian masukkan 2-3 helai daun kari dan bila. Dah naik bau masukkan rempah kari dan tumis sampai pecah minyak dan masukkan daging cincang.
3. Kacau sekejap daging tu biar masak kemudian masukkan ubi kentang yang telah didadu bersama sedikit air.
4. Tunggu sehingga ubi empuk lalu angkat dan sejukkan. 
5. Di dalam bekas lain masukkan inti yang telah sejuk dan pecahkan 3 biji telur tadi ke dalamnya bersama sebahagian bawang besar lagi dan kacau rata. 
6. Cedokkan sekitar 4 sudu besar inti tadi ke atas kulit popiah yang sudah lembut dan lipat seperti bentuk murtabak. 
7. Goreng di atas kuali leper bersama sedikit minyak sehingga keperangan.
8. Dah perang dan cantik kejadiannya, segeralah angkat.
9. Hidangkanlah bersama kari atau bawang jeruk. Pilihlah di tangan anda.


Cara-cara membuat bawang jeruk :-

Gambar Ihsan : Google

1. Hiris nipis bawang besar.
2. Masukkan 4-5 sudu cuka makan,sesudu gula dan secubit garam. 
3. Tambahkan pewarna merah.

Murtabak is done!

Nota: Jika ingin pedas, boleh tambah cili / serbuk cili pada inti  tadi. -CARI

Kredit : Khairul Abdullah
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAMS 9-5-2019 12:51 PM
nk beli kat bazar ya ampun beratur panjang..so bye bye je
Quote ninjago 10-5-2019 10:37 AM
nak try la nanti buat sendiri. cam senang je
Quote dekmieDandy 10-5-2019 10:49 AM
kalau guna kulit popiah jadi crispy la yer hurmm
Quote silentreaaders7 19-5-2019 04:07 PM
boleh buat bebanyak nanti.tq tt
Quote neuron.takeshi 19-5-2019 04:30 PM
Sedapnya, boleh cuba ni
Quote miarshya 20-5-2019 12:46 PM
Boleh cuba buat ni... Hehe bila baca resipi masa siang semuanya rasa nak cuba buat
Quote cpnor 25-5-2019 04:27 PM
Boleh try buat ni..bhn2 pn mudah je
Quote msTazmania 29-5-2019 02:03 PM
okay macam menarik sgt ni. boleh la cuba weekend nnt.
Quote hatikudus 31-5-2019 10:59 AM
ye aku pun buat sendirik je, cuma doh aku guna kulit popia yg size lebar. Bentang atas kuali, buh inti tengah2, lipat sana sini....siapppppp
Quote sepiah 7-8-2019 10:24 AM
buat sendiri puas makan. sy letak rempah kerutuk utk buat inti,sedap juga.
Quote natrahn 7-8-2019 10:33 AM
sepiah replied at 7-8-2019 10:24 AM
buat sendiri puas makan. sy letak rempah kerutuk utk buat inti,sedap juga.

buat jual sis..gerenti laku
Quote Biabetik 7-8-2019 07:07 PM
Bole la buat utk breakfast cuti raya haji ni. Tq tt bg resepi

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.059487 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top