CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Apa Salah Saya?"- DS Aliff Syukri Menangis, Kecewa Video Pukul Anak Perempuan Jadi Isu Besar..

7-5-2019 02:50 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 12108| Komen: 97|Original author: Oleh: SakuraJo

Usahawan kosmetik popular dan penuh kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri semalam memuat naik video menangis di akaun Instagram miliknya. Ianya ekoran isu dia memukul anak perempuannya, Qadejah atau nama manja Cess menjadi isu besar sehingga melibatkan campur tangan Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah.



Menerusi video tersebut, Aliff dilihat menangis teresak-esak sebelum turut berkongsi sedutan berita yang memaparkan ulasan DS Wan Azizah mengenai isu dakwaan kononnya Aliff mendera Cess.

Kredit foto : Ig Aliff Syukri

Sungguhpun memahami tindakan pemilik AS Legacy itu hanya untuk mendidik anaknya, Ds Dr Wan Azizah menyatakan rasa tidak setujunya kerana ia dimuat dipertontonkan kepada umum.

Aliff yang sedih dan kecewa kerana isu tersebut diperbesarkan mengatakan apa yang dilakukan olehnya hanya untuk memastikan anaknya mendapat didikan yang sewajarnya. 

"Saya hanya nak jadi abah yang terbaik untuk anak saya cess," tulis Aliff di ruangan kapsyen video tersebut. 


Perkongsian Aliff tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikutnya di laman sosial  itu yang rata-ratanya cuba memberi sokongan moral kepada Aliff. 

Kredit foto : Ig Aliff Syukri

Isteri kepada angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor, iaitu Dr Halina juga yang cuba menasihati Aliff untuk tidak berkongsi perkara seperti itu di laman sosial kerana ianya mungkin memberikan kesan jangka masa panjang kepada anaknya kelak.

Kredit foto : Ig Aliff Syukri

Apa pun, diharap Aliff mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Mungkin niat Aliff sekadar mahu berkongsi cara dia mendidik anaknya, namun ianya tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada umum. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LipasComel 7-5-2019 02:58 PM
kite waktu dulu2 mak kita cite benda2 memalukan kite dekat jiran pun rasa dah malu habis dgn orang keliling sampai hilang confident diri, inikan yang apaknya post dekat ig yg beribu tontonan tu. lain kali sebelum nak post apa2 video, fikir implikasi nye alif syukri oii. kesian dkt anak kau bila dia dah besar nnt
Quote Nonones 7-5-2019 03:14 PM
Pokoknya jgn upload dalam medsos ye toklip!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! paham ke bendul????????????????????????????????????????
Quote ais_kosong 7-5-2019 03:16 PM
LipasComel replied at 7-5-2019 02:58 PM
kite waktu dulu2 mak kita cite benda2 memalukan kite dekat jiran pun rasa dah malu habis dgn orang k ...

betui wey. kena belasah dengan mak pak (sebab salah sendiri)nak cita kat kwn pun malu
ni bila dok gila socmed jadi mcm ni la

Quote harkktuih 7-5-2019 03:16 PM
Drama jah pondan ni..
Quote kucingitam 7-5-2019 03:20 PM
toksah layan la dia ni..propa
Quote umbut 7-5-2019 03:24 PM
Eeeee.. geliler nangis2 esak2 dpn.ig.. ngan hidung bibir lendir... eeeerkk
Quote tapirbiru 7-5-2019 03:28 PM
macam mana ek rasa menangis then rakam..then share lak kat soc med.. ko tu jantan kot walaupun telor mungkin separuh je ada..aku yg wanita ni pun segan nak menangis2 gitu...
Quote rosannazmia 7-5-2019 03:31 PM
Boringla asik tanya apa salah saya? X abih2 dia ni.. Hang dah besaq. Pikior lah sendirik
Quote sfhzuraz 7-5-2019 03:35 PM
tu la lenkali jgn segala benda dlm rumah nk cerita/tunjuk kt org. simpan sendiri dah la.
Quote lattehazelnut 7-5-2019 03:38 PM
rosannazmia: Boringla asik tanya apa salah saya? X abih2 dia ni.. Hang dah besaq. Pikior lah sendirik

Biasa la.. lepas ni post menda bodoh., repeat apa salah saya..
Quote clarizsa 7-5-2019 03:40 PM
Padanla muka
Sangap sangat nak tunjuk bagus
Acah2 nak perli kot artis lain yg buka tudung
Sbb tu gigih konon nk disiplin anak sndri
Puihh

Terhegeh2
Seronokla tu jadi isu negara
Free publicity kan

Pfftt
Quote Kurex 7-5-2019 03:47 PM
Siapa pengacara berita laki tu
Quote hanna88 7-5-2019 03:52 PM
Bagi dia upload semua aktiviti life dia tak salah, tapi not every single thing la dato.. Tak kan semua nak share.. Ada dia balas komen kat ig,dia kata hobi dia Memang susah la nak ubah nye

Tak pasal2 masuk berita pulak
Quote NazRysha 7-5-2019 03:52 PM
abah terbaik konon
geli aku tgk dia ni laki bini
Quote helicornia 7-5-2019 03:52 PM
hodohnya menangis
Quote chandrahusin 7-5-2019 03:57 PM
Ahad aritu aku ada tgk interbiu dia dgn Melodi  psl ni
dia ckp dia dapat duit dari youtube
sbb tu semua dia rakam & upload
bini dia pun back up gila2
semua psl duit je ni
dia laki bini ada tanya lps ni sapa nak bagi dia duit ribu2.. mcm tu la
Quote de_ikea 7-5-2019 03:59 PM
Childish.
Quote SherryZass 7-5-2019 04:36 PM
Siap promote full video ada kat youtube tu. Harap betul2 kena tindakan
Quote imanda 7-5-2019 06:11 PM
chandrahusin replied at 7-5-2019 03:57 PM
Ahad aritu aku ada tgk interbiu dia dgn Melodi  psl ni
dia ckp dia dapat duit dari youtube
sbb tu  ...

so drg ni mmg giler duit la?
ujian. makin kaya tp makin mereng.

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.049525 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top