Usahawan kosmetik popular dan penuh kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri semalam memuat naik video menangis di akaun Instagram miliknya. Ianya ekoran isu dia memukul anak perempuannya, Qadejah atau nama manja Cess menjadi isu besar sehingga melibatkan campur tangan Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah.
Menerusi video tersebut, Aliff dilihat menangis teresak-esak sebelum turut berkongsi sedutan berita yang memaparkan ulasan DS Wan Azizah mengenai isu dakwaan kononnya Aliff mendera Cess.
Kredit foto : Ig Aliff Syukri
Sungguhpun memahami tindakan pemilik AS Legacy itu hanya untuk mendidik anaknya, Ds Dr Wan Azizah menyatakan rasa tidak setujunya kerana ia dimuat dipertontonkan kepada umum.
Aliff yang sedih dan kecewa kerana isu tersebut diperbesarkan mengatakan apa yang dilakukan olehnya hanya untuk memastikan anaknya mendapat didikan yang sewajarnya.
"Saya hanya nak jadi abah yang terbaik untuk anak saya cess," tulis Aliff di ruangan kapsyen video tersebut.
Perkongsian Aliff tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikutnya di laman sosial itu yang rata-ratanya cuba memberi sokongan moral kepada Aliff.
Kredit foto : Ig Aliff Syukri
Isteri kepada angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor, iaitu Dr Halina juga yang cuba menasihati Aliff untuk tidak berkongsi perkara seperti itu di laman sosial kerana ianya mungkin memberikan kesan jangka masa panjang kepada anaknya kelak.
Kredit foto : Ig Aliff Syukri
Apa pun, diharap Aliff mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Mungkin niat Aliff sekadar mahu berkongsi cara dia mendidik anaknya, namun ianya tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada umum. -CARI
|