CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rugi RM161,000 Lepas Diugut Kurung Dalam Bilik Gelap 45 Hari Tanpa Makan Dan Minum

7-5-2019 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2744| Komen: 9

Panik selepas diugut akan ditangkap dan dikurung di dalam bilik gelap selama 45 hari tanpa makanan dan minuman, pesara kerajaan berputih mata kerugian RM161,000 ditipu 'Inspektor Kumar Singh'.

Memetik Harian Metro, wanita berusia 60 tahun dan tinggal di Beserah, Kuantan itu menerima panggilan daripada individu menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 21 April lalu.


Gambar Hiasan

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, mangsa didakwa kononnya terbabit kes dadah dan diminta membayar 'cukai pendapatan' sebanyak RM20,000.

Mangsa bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan sebelum talian disambungkan kepada individu menyamar polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kota Kinabalu, Sabah.

“Suspek yang menyamar sebagai ‘Sarjan Zul Hamizul Abas’ memaklumkan kepada mangsa bahawa kes itu sangat berat dan memindahkan panggilan kepada pegawai dikenali sebagai ‘Inspektor Kumar Singh’ bagi menyelesaikan kes itu,” katanya.


Mangsa kemudian diugut akan ditahan dan dikurung dalam bilik gelap selama 45 hari tanpa makan dan minum.

Panik dengan ugutan itu, mangsa bersetuju membuat pemindahan wang melalui tujuh transaksi ke lima akaun berbeza berjumlah RM161,000.

Malangnya, wanita berkenaan hanya menyedari ditipu selepas selesai membuat pemindahan tersebut sebelum membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 7-5-2019 01:28 PM
Skrip lakunan macam dalam pilem tamil
Quote Catpaw 7-5-2019 01:28 PM
I sekarang ni jawab call garang2 je dr nombor yg tak dikenali... nasib la labu
Quote tagas 7-5-2019 03:00 PM
hrp scammer tak call aku la bulan2 pose yg mulia nih

konfem maki sumpah seranah sume kluor nnti
Quote biskutraya 7-5-2019 04:32 PM
Menanges wehhh duit banyak tu lebur.. Huhuhu.. {:freak
Quote goss79 7-5-2019 04:39 PM
skrg mmg selalu lah scammer ni dok call. even ofis iols pun ada. kadang no international lagi. bila jawab kuar suara rekod mcm perempuan india. dah dgr cenggitu matikan je lah call tu, xyah la gi connect call dgn pegawai sana pegawai sini yg konfem2 menipu.
Quote batmana 7-5-2019 05:00 PM
zmn skrg, step pertama utk guna telefon

kene kenal pasti scammer dlu
barula bole pakai tepon..
Quote ninjago 7-5-2019 05:07 PM
aktif betul scammers nie skarang eh. dh byk kali call pastu dah block no2 dorg ada jugak lagi yg call guna no. baru. yg latest i dapat konon2 dr SPRM..tapi macam machine yg cakap. ada ke call org, pastu suruh 'tekan 1 untuk bercakap dengan pegawai kami..tekan 2..bla bla bla'.. dia call org, dia lak kasi option kt org. mmg block je terus.

modus dorg bodoh2 je sebenarnya.. dari cara cakap pun tau dah scammer. tapi kesian kt org2 yg terpercaya and terpedaya.. even yg professionals pun boleh sangkut..
Quote highcastle 7-5-2019 08:46 PM
Skg kalau aku dapat call scam, aku bagi nasihat.......... Tak abis lagi nasihat, talian terputus...........
Quote saviour_09 8-5-2019 08:30 AM
kuantan, pahang lagiiiiiiii

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.053232 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top