|
View: 2162|Reply: 9
|
Rugi RM161,000 Lepas Diugut Kurung Dalam Bilik Gelap 45 Hari Tanpa Makan Dan Min
[Copy link]
|
|
|
Panik selepas diugut akan ditangkap dan dikurung di dalam bilik gelap selama 45 hari tanpa makanan dan minuman, pesara kerajaan berputih mata kerugian RM161,000 ditipu 'Inspektor Kumar Singh'.
Memetik Harian Metro, wanita berusia 60 tahun dan tinggal di Beserah, Kuantan itu menerima panggilan daripada individu menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 21 April lalu.
 Gambar Hiasan
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, mangsa didakwa kononnya terbabit kes dadah dan diminta membayar 'cukai pendapatan' sebanyak RM20,000.
Mangsa bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan sebelum talian disambungkan kepada individu menyamar polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kota Kinabalu, Sabah.
“Suspek yang menyamar sebagai ‘Sarjan Zul Hamizul Abas’ memaklumkan kepada mangsa bahawa kes itu sangat berat dan memindahkan panggilan kepada pegawai dikenali sebagai ‘Inspektor Kumar Singh’ bagi menyelesaikan kes itu,” katanya.
Mangsa kemudian diugut akan ditahan dan dikurung dalam bilik gelap selama 45 hari tanpa makan dan minum.
Panik dengan ugutan itu, mangsa bersetuju membuat pemindahan wang melalui tujuh transaksi ke lima akaun berbeza berjumlah RM161,000.
Malangnya, wanita berkenaan hanya menyedari ditipu selepas selesai membuat pemindahan tersebut sebelum membuat laporan polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Skrip lakunan macam dalam pilem tamil |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
I sekarang ni jawab call garang2 je dr nombor yg tak dikenali... nasib la labu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hrp scammer tak call aku la bulan2 pose yg mulia nih
konfem maki sumpah seranah sume kluor nnti  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menanges wehhh duit banyak tu lebur.. Huhuhu.. {:freak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
skrg mmg selalu lah scammer ni dok call. even ofis iols pun ada. kadang no international lagi. bila jawab kuar suara rekod mcm perempuan india. dah dgr cenggitu matikan je lah call tu, xyah la gi connect call dgn pegawai sana pegawai sini yg konfem2 menipu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
zmn skrg, step pertama utk guna telefon
kene kenal pasti scammer dlu
barula bole pakai tepon.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aktif betul scammers nie skarang eh. dh byk kali call pastu dah block no2 dorg ada jugak lagi yg call guna no. baru. yg latest i dapat konon2 dr SPRM..tapi macam machine yg cakap. ada ke call org, pastu suruh 'tekan 1 untuk bercakap dengan pegawai kami..tekan 2..bla bla bla'.. dia call org, dia lak kasi option kt org. mmg block je terus.
modus dorg bodoh2 je sebenarnya.. dari cara cakap pun tau dah scammer. tapi kesian kt org2 yg terpercaya and terpedaya.. even yg professionals pun boleh sangkut.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Skg kalau aku dapat call scam, aku bagi nasihat.......... Tak abis lagi nasihat, talian terputus........... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kuantan, pahang lagiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|