Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) digesa mengubah cara bekerja untuk mencapai sasaran menjadikannya pusat rujukan bahasa setanding institusi bahasa di negara maju. Menurut Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, beliau sudah beberapa kali mengusulkan di Dewan Rakyat untuk menjadikan DBP setaraf institusi bahasa di negara maju seperti Goethe Institute di Jerman dan British Council (United Kingdom).
“Tapi saya nampak DBP masih merangkak dan tidak berlari seiring dengan saya. “Saya harap DBP dapat lari seiring dengan saya dan jangan biarkan kata-kata saya terbenam di dalam catatan hansard (senarai penyata rasmi) Dewan Rakyat,” katanya seperti dipetik daripada BH Online. Terdahulu, timbalannya, Teo Nie Ching menyuarakan hasrat kementerian itu menjadikan DBP sebagai pusat rujukan bahasa Melayu setaraf dengan institut bahasa lain di negara maju dalam tempoh lima tahun akan datang.
Tambah Maszlee, Goethe Institute beroperasi sejak 60 tahun lalu di 159 pejabat di 98 negara dan telah mengembangkan bahasa dan budaya negara itu menerusi karya seperti muzik, filem dan seni secara meluas melalui kerjasama dengan lebih 200 syarikat korporat dan agensi yang menaja operasinya. Besar harapan Maszlee agar perkara sama berlaku di negara ini. - CARI
|
Victorioussss replied at 6-5-2019 05:23 PM
Berlari pakai stokin hitam ke putih?
Catpaw replied at 6-5-2019 10:51 PM
kemain mengata dbp ye? Dbp dah berzaman buat macam2 nak martabat bm, korang suka2 tukar tu tukar ni ...
ADVERTISEMENT