Dikelilingi ramai kawan beragama Islam membuatkan pelakon Alvin Chong cuba untuk berpuasa dan berkongsi pengalamannya itu menerusi Instastory. Dalam perkongsiannya itu, Alvin mengakui dia tidak sedar stok makanannya untuk bersahur agak terhad, jadi dia sekadar menikmati sebiji pisang, tiga biji kurma, timun, yogurt dan sedikit kekacang. "Sekarang jam 3.41 pagi dan saya tidak boleh tidur. Hari ini merupakan hari pertama Ramadan buat semua rakan Muslim saya. "Memandangkan saya tidak boleh tidur, jadi saya nak mencuba untuk bersahur," ujarnya. Menurut Alvin, dia cuba berpuasa kerana ada ramai kawan Muslim yang berpuasa, malah dia sempat menjelaskan serba sedikit mengenai bulan puasa seperti waktu sahur dan berbuka.
Sekitar jam 12 tengah hari tadi, Alvin teruja memaklumkan dia masih bertahan tanpa makanan dan minuman. Wah, mampu ke Alvin nak bertahan hingga waktu berbuka dengan jadualnya yang sibuk? Adakah Alvin akan mencuba untuk berpuasa lagi di hari mendatang atau hari ini saja dia mampu melakukannya? - CARI
|
Kurex replied at 6-5-2019 02:23 PM
Harap dah buang kulop.
nuryakmal replied at 6-5-2019 02:58 PM
non muslim gigih tahan puasa, muslim gigih cari port nak buka awal
Zeatyisaac replied at 6-5-2019 04:45 PM
Seronok sebenatnya berpuasa. My non Muslim friends lagi teruja nak berpuasa. Masa untuk meringanka ...
harkktuih replied at 6-5-2019 10:24 PM
Iols x heran non muslim yg cuba berpuasa gak.. Tapi iols lagi heran ummat muslim umo dah lanjut masi ...
ADVERTISEMENT